Tuesday, September 30, 2014

KERETAKU JADI SASARAN KAKI JUDI!

Bismillahirrahmanirrahim...

Kejadian ni berlaku masa hari sabtu yang lalu..masa walimah sepupu kat kampung saya. Malam tu saya dan abang ke rumah pengantin lepas isyak lebih kurang, tengok-tengok dah penuh parking kat sepanjang tepi jalan tu. Alhamdulillah ada rezeki kami bila dekat dengan simpang rumah tu ada 1 ruang kosong dan muat untuk parking. Laju-laju abang parking je kat situ.

Mula tu rasa dah ok dah abang parking kat tepi jalan..lepas tu abang ketepikan lagi, katanya takut digesel kereta lain. Kami kan dah ada pengalaman gores dan lari macam tu je..jadi tak nak lah pisang berbuah 2 kali, haha. Lepas dah parking tu, saya dah nampak kereta tu macam senget je tapi abang kata ok je..tak akan jatuh punya. Dah abang cakap macam tu, kira senang hatilah kan.

Lebih kurang jam 9 lebih macam tu, saya pun ajak lah abang balik..saya tunggu je kat simpang, abang sorang je pergi ambil kereta. Elok abang dah start enjin dan nak jalan, tiba-tiba kereta tu tergelincir masuk ke dalam parit tepi jalan tu. Saya terkejut dan takut jadinya..tayar kereta dua-dua dah masuk dalam parit tu. Abang try guna gear four wheel pun dah tak boleh.

Nasib baik ada budak-budak muda tak jauh dari situ..diorang lah yang tolong panggil orang lain ramai-ramai kat tempat walimah tu. Sekejap je tempat parking kami jadi tumpuan ramai orang..semua orang lari meninggalkan majlis semata-mata nak tengok kejadian yang berlaku tu, prihatinkan..haha.

Adalah dekat sejam macam tu, akhirnya kereta kami dapat ditarik keluar menggunakan lori 3 tan..fuhh, syukur yang amat sangat yang Allah. Cuma ada yang tak bestnya di sebalik kejadian yang berlaku tu.

Tak dinafikan semua orang prihatin dan datang beramai-ramai tolong kami malam tu..tapi boleh dikatakan 50% darinya datang dengan niat nak tengok nombor kereta kami semata-mata. Kiri kanan depan belakang yang lalu lalang dekat saya semua duk ulang-ulang nombor kereta tu..konon esok pagi nak beli nombor ekor guna nombor flat kami tu..sakit hati pun ada rasanya saat tu. Ada yang siap ambil gambar lagi supaya tak lupa nombor kereta tu..adakah patut??



Saya hanya diam memandang si penghafal nombor dan penangkap gambar sekalian tu dengan pandangan sakit hati dan benci kot malam tu..orang dah dalam kesusahan saat tu, diorang pula ambil kesempatan. Sibuk dengan kepercayaan karut dan syirik masing-masing.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Judi tu hukumnya haram..apatah lagi tilik nombor, itu juga termasuk dalam golongan judi. Kepercayaan bahawa nombor flat kereta yang terlibat dalam kemalangan tu boleh membawa kemenangan dalam berjudi adalah syirik dan khurafat..Semoga kita semua mengambil pengajaran dari kisah saya yang sedikit beremosi di atas itu ye..hehe.

Renung-renungkanlah.. :)

Monday, September 29, 2014

GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah sempat lagilah hendaknya sertai giveaway ni di penghujung waktu..hehe. Tinggal beberapa jam lagi sebelum giveaway ni tamat..fuhh, harap sempat. Tanpa buang masa yang tak seberapa nak ada ni, dengan lajunya juga saya terus jawab je sejujurnya kenapa saya rasa saya layak menang dress dari ariescape shoppe..hehe.

Jawapannya ialah:

Sebab saya memang peminat dress, jubah dan yang sewaktu dengannya..kalau boleh nak pakai dress atau jubah je hari-hari pergi sekolah :) Sebelum ni saya akan pakai dress atau jubah setiap hari jumaat dan bila ada majlis-majlis tertentu..dahlah dress dengan jubah tak banyak, tak dapat nak pakai selalu. Sekarang ni bila tengah mengandung, lagilah rasa yang dress serta jubah ni sangat-sangat diperlukan untuk kegunaan seharian. Bukan untuk kegunaan mingguan lagi tau seperti sebelum ni tapi harian..nampak tak betapa pentingnya dress dan jubah di situ. Sekarang ni pun memang tengah usaha lagi menambah koleksi dress dan jubah yang ada tapi maklumlah ibu mengandung yang sorang ni, bukan sembarang dress dan jubah boleh sarung.. wawawa.

Maka bila saya dah menang dress dari Ariescape Shoppe nanti, bolehlah saya ulang beli pula sehingga baby dah lahir..mana tau boleh jadi butik favourite kan..lalala. Sebabnya memang sangat-sangat perlu dress, jubah dan busana muslimah semua ni untuk kegunaan harian ke tempat kerja hari-hari. Sambil-sambil tu bolehlah saya tolong promosikan dekat rakan-rakan guru sekalian alam nanti.. hehe.

Saya paling minat design dress yang macam ni..ringkas tapi menarik, Dah lama saya idam-idamkan..kalaulah dapat sehelai, fuhh, syukur yang amat sangat..biiznillah:)

Design ni macam sangat friendly untuk bf mom kan?? saya suka sangat!

Akhir kalam..siapa nak join masih sempat lagi. Klik je dekat banner atas ye :) tadaaa..

Friday, September 26, 2014

RAIH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT DENGAN AMAL SOLEH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah Jumaat penghulu segala hari tiba lagi..yeah! Hari ni saya bawakan lagi khas buat semua khutbah jumaat dari tempat saya yang disediakan oleh JHEAINS. Jika ada ilmu dan pengetahuan lebih, kena sampaikan pada orang lain..lebih lagi jika ada kesempatan nak baca atau dengar khutbah, mesti kongsi dengan orang yang tak punya kesempatan camtu..

Khutbah hari ni berkaitan dengan bulan Zulhijah, tajuknya yang kat atas tu lah..bulan ni merupakan bulan yang besar fadilat dan maknanya bagi seluruh umat Islam, sebabnya pada bulan ni Allah anugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan iaitu sepuluh hari terawal bulan zulhijah, Hari Arafah, Aidiladha dan Hari Tasyriq.

Kita teruskan huraiannya dalam isi khutbah ye.. :)

********
Menyentuh keistimewaan sepuluh hari terawal bulan Zulhijah, Ibnu Abbas ada menceritakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.

Sahabat bertanya, "Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?".
Jawab Baginda, "Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun". (HR Bukhari).

Dalam Hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.
Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid". (HR Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW ini menunjukkan betapa umat Islam digalakkan supaya berlumba-lumba melakukan amal-amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zulhijah. Meskipun barangkali tidak mampu untuk berjihad, namun ia bukanlah halangan untuk melakukan ibadah yang lain seperti puasa, solat sunat, zikir, tahlil, takbir dan tahmid. Sebab, amal yang sedikit dan mudah itu juga besar nilainya di sisi Allah SWT dan diterima-Nya jika dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, baik dan sempurna.

Sesungguhnya ada satu hari yang dinilai sebagai hari istimewa di sisi Allah SWT dalam 10 hari pertama bulan Zulhijah ini. Hari yang dimaksudkan itu ialah hari ke-9 Zulhijah yang dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah adalah saat dan ketika mana para jemaah haji sedang berhimpun berwukuf di Padang Arafah bagi menyempurnakan satu daripada rukun fardu haji.

Dan keistimewaan serta fadilat Hari Arafah tidak hanya dinikmati dan dirasakan oleh para jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malahan fadilatnya turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ia boleh diraih dengan berpuasa sunat pada Hari Arafah yang ganjarannya adalah keampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ganjaran ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud: "Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya". (HR Muslim).

Oleh hal yang demikian, jangan lepaskan peluang serta kesempatan bersua
dengan 9 Zulhijah dengan meraikannya dengan puasa sunat. Maka puasa yang dikerjakan itu dengan
bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menginsafi dosa yang telah dilakukan, seterusnya
memohon keampunan dari Allah SWT. Pasti akan meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Memasuki bulan Zulhijah juga bererti kita sudah berada di ambang penghujung tahun Hijrah. Ia secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa hampir genap setahun Allah SWT menambah umur kita. Dan sesungguhnya ini merupakan sebahagian daripada ketentuan dan takdir Allah SWT yang seharusnya menginsafkan kita terhadap hakikat bahawa usia kita semakin meningkat dan kian menghampiri noktah kehidupan di dunia ini.

Justeru, baki hayat yang masih tersisa ini seharusnya dimanfaatkan oleh setiap Muslim untuk
bermuhasabah diri sebelum dihisab pada hari akhirat. Untuk ini, umat Islam mestilah bijak merebut segala kesempatan yang ada sebelum datang kesempitan waktu bagi melipat ganda amal sebagai pelaburan mencapai kejayaan hakiki di dunia dan memperolehi kebahagiaan abadi di akhirat. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah.” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

Sebagai analoginya, masa muda dan lapang adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih cerdas. Maka ia adalah peluang serta kesempatan yang terbaik untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu bagi mencapai kejayaan di dunia dan mencapai kebahagiaan di akhirat. Tetapi apabila sudah tua, lazimnya pergerakan semakin perlahan dan keupayaan minda untuk mencerap ilmu pun semakin lemah. Dengan kata lain, masa muda, keadaan sihat, kelapangan dan kekayaan bukanlah digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini. Sebaliknya, kesihatan, masa muda, kelapangan dan kekayaan hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT serta berjihad pada jalan yang diredai-Nya agar beroleh keampunan dan balasan syurga. Hal ini sejajar dengan apa yang disarankan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu), Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga 'adn. Itulah kemenangan yang besar.” (S. As-Saff: 10-12).

Berdasarkan kepada firman Allah SWT ini, kita beroleh pengajaran bahawa dunia ini adalah umpama
kebun tempat kita bercucuk tanam yang baik buruk hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak. Dan pastinya, laba atau keuntungan yang bakal diperolehi di hari pembalasan nanti banyak bergantung kepada tahap keimanan kita, amal ibadah kita, budaya kerja kita, fokus serta kesungguhan kita dalam melaksanakan segala tuntutan agama. Maka, biarlah bersakit-sakit dahulu melaksanakan titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya sewaktu hidup di dunia ini kerana berkat keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran kita dalam mengharungi segala cabaran berkenaan bakal diganjari dengan kesenangan dan kemenangan di hari kemudian.

Menurut sebuah riwayat, malaikat maut telah datang bertemu Nabi Yaakub AS.
 Maka Nabi Yaakub AS bertanya: Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa ataumenziarahiku?
Jawab malaikat maut: Untuk menziarahimu sahaja.
Lantas Nabi Yaakub AS berkata: Aku ada satu permintaan darimu.
Tanya malaikat maut: Apa permintaanmu?
Jawab Nabi Yaakub AS: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu.
Kata malaikat maut: Ya!.
Kemudian malaikat maut pun berlalu pergi.

Setelah beberapa tahun kemudian, malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub AS. Lalu Nabi Yaakub AS bertanya: Kamu datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?
Jawab malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu.
Maka berkata Nabi Yaakub AS: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya.
Kata Nabi Yaakub AS: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku.
Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan
belakangmu yang bongkok). 

Dari petikan dialog Nabi Yaakub AS dengan malaikat maut tersebut, dapat kita ambil pengajaran bahawa uban atau rambut yang banyak di kepala dan keadaan badan yang bongkok adalah antara tanda-tanda hampirnya ajal seseorang. Walaupun pada hakikatnya ajal tidak mengenal usia dan keadaan fizikal seseorang, namun hendaklah kita semua beringat bahawa apabila rambut sudah mulai beruban dan banyak yang gugur, kulit semakin berkedut, mata mulai kabur dan belakang mulai membongkok, bersegeralah insaf bahawa diri sudah tua dan hanya menunggu giliran untuk dijemput malaikat maut.

Jadi, jangan lengah-lengahkan bertaubat memohon keampunan kepada Allah SWT dengan menyesali
segala dosa yang dilakukan dan berusaha sedaya upaya tidak mengulangi segala kesalahan mahupun
kesilapan yang lalu. Iringilah taubat dengan menghiasi dan menyerikan kehidupan di dunia ini yang masih tersisa dengan amal-amal soleh agar menjadi sebaik-baik makhluk. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh akan masuk syurga sebagaimana dijanjikan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia
beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurang
balasannya) sedikitpun.” (S. An-Nisaa': 124).

********
Semoga kita mendapat manfaat dan ilmu yang berguna sebagai panduan melalui isi khutbah itu tadi :) Semoga Allah beri saya lagi ruang dan kesempatan untuk terus berkongsi ilmu sebegini pada masa akan datang..insyaAllah :)

p/s: Hari ni hari Jumaat..jangan abaikan perkara-perkara sunat dilakukan pada hari ni ye.. tadaaa.

Thursday, September 25, 2014

JOM JOIN :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri kali ni saja untuk suka-suka join giveaway contest..cara nak join sangat mudah dan tak banyak sangat syarat (tu yang paling penting). Kalau nak join, klik je dekat banner ye :) Ramai-ramailah kita meriahkan giveaway ni..yeah :)


Untuk itu, saya akan tag:
- Suel
- Aima
- Fiza

Tadaaa...

Wednesday, September 24, 2014

MACAM DAH RASA PERGERAKAN BABY :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tau betul ke tak perasaan ni..dah banyak kali rasa tapi dalam hati kata, 'camni ke rasa baby tendang??' Memandangkan ni pengalaman pertama, saya cuma buat kesimpulan ikut naluri keibuan je (cewah!)..mula-mula sekali rasa dalam seminggu lebih yang lalu kot, masa dah masuk kandungan 4 bulan. Duduk santai-santai tetiba macam eh, apa benda tadi tu..rasa dia sekejap je tapi tetap boleh buat kita tersedar. Lepas tu saya abaikan je tapi adakala jadi lagi rasa macam tu..tak sakit cuma macam sentuhan dari kulit dalam perut..

Pada masa yang sama juga sekarang ni saya dah mula banyakkan bacaan tentang kandungan, baby dan sebagainya yang berkaitan..sampailah bila saya terbaca dekat website pa&ma, ada kalkulator tarikh bersalin kat situ. Walaupun dah tau tarikh jangkaan bersalin tu bila, saya try jugalah guna kalkulator tu. Kat situ lengkap dia bagitau tarikh mula-mula persenyawaan, tarikh bersalin, tarikh bagi setiap minggu kandungan dan juga tarikh pergerakan pertama baby tu..bila cek, rupanya pergerakan pertama baby saya dah berlalu. Automatik terlintas di fikiran rasa yang mula-mula saya syak baby tendang tu..haha. Agaknya pergerakan je kot, belum lagi tendang-tendang sebab tak boleh rasa lagi kalau letak tangan kat perut, rasa macam sentuh-sentuh secara halus je.

*culik dari google

Lepas tu juga saya teringat masa bersembang dengan biras..waktu kandungan saya dalam 2 bulan kot dan dia pula mengandung 4 bulan..dia ada bagitau yang dia dah boleh rasa baby tendang-tendang dalam perut. Cuma masa tu saya macam tak percaya..yelah, dengar macam kecik je lagi kan 4 bulan tu..haha. Tapi saya terpaksa percaya juga masa tu sebab dia dah masuk kandungan kedua, mestilah lebih pengalaman kan..

Minggu depan masa pergi cek kat klinik kiranya nak terus tanya dekat nurse, betul ke rasa yang saya alami tu pergerakan baby..semalam ada juga cerita kat abang tapi abang pun macam tak percaya je. Takpe..kita tengok nanti siapa yang betul..haha. Tapi kalau betullah rasa ni, waa..mula terasa indahnya mengandung..syukur sangat-sangat atas anugerah tidak terhingga ini :)

Monday, September 22, 2014

KENAPA PERLU BACA BLOG PARENTING

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu masa zaman bujang adalah saya baca juga blog parenting bagai ni tapi masa tu macam tak kisah sangat..tapi sekarang bila dah bergelar zaujah dan lebih-lebih lagi bakal bergelar ibu, rasa penting sangat blog parenting ni..macam-macam info kita boleh dapat dan kadang tu rasa macam 'aih, baru pula tau tentang perkara ni..' nampak tak kepentingannya kat situ..hehe.

Tambah pula, tak semua orang suka nak bertanya tentang kemusykilan bab-bab parenting ni..ada yang segan, tak tau nak tanya dengan siapa..(saya lah tu orangnya) maka masa tu kita akan nampak blog-blog parenting ni sebagai jalan penyelesaian terbaik..mudah kan, kan..kan :)

Kadang tu pula kita dah terbiasa dengan amalan parenting turun temurun sejak dari kecil..kita tengok dari mak ayah atau saudara mara lain..tapi bila kita baca, rupanya ada yang tak betul atau tak kena dengan amalan-amalan tu..kita lah yang patut mengubahnya kan ke arah yang lebih baik atau lebih betul..bukankah dah untung di situ, cewah!

Dalam blog parenting juga kita boleh adakan perkongsian maklumat atau soal jawab tentang apa juga kemusykilan yang terlintas..boleh terus tanya kat owner blog atau berbalas-balas komen ke kat ruang komen blog parenting tu. Setakat ni saya tak pernah lagilah nak soal-soal jawab tapi saya suka juga baca komen-komen kat setiap entri..boleh dapat maklumat juga dari perkongsian blogger lain..

Sebab tu lah bagi saya sendiri sangat-sangat perlu untuk kita baca blog parenting ni..dan antara 3 blog parenting yang saya suka baca ialah:






 photo Banner-Segmen-Melastik-Bintang.png

Entri hari ni adalah penyertaan untuk segmen blog melastik bintang.. segmen yang mudah, ringkas dan bermakna :) nak join klik je url melastik bintang kat atas atau pada banner ye :)

Sunday, September 21, 2014

SANTAI MUSIM CUTI :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Musim cuti sudah tiba tapi kali ni tak ada plan nak pergi mana-mana..kebetulan pula ada event yang sedang berlangsung kat kampung sebelah lalu abang pun ajak lah pergi sana..kebetulan masa hari kami pergi tu hari kemuncak event tu dan konon-konon kami excited nak tengok lumba bot..haha. Sekali kami sampai orang duk sibuk dengan pertandingan memancing udang galah lagilah..







Penuh tepi-tepi sungai dengan orang memancing udang galah




Masa ni tengah cari baju budak kecik yang tergolek dalam lumpur..haha


Kat tengah tu lah budaknya..masa ni dah dapat baju baru, terus dipakainya..haha


Sekali lagi budak itu mengganggu sesi fotografi kami..haha


Sebelum balik haruslah bergambar dulu :)




Akhirnya kami beredar pulang juga kerana acara yang kami tunggu-tunggu tidak juga muncul tiba..kecewa juga tapi nak buat macam mana, tak larat dah nak tunggu di bawah terik mentari yang agak panas..ada rezeki lain masa boleh tengok juga kan..hehe.