Saturday, July 18, 2015

SHOPPING RAYA DENGAN ZAHRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ni sepatutnya dah publish sebelum menjelang raya tapi nak buat macam mana, kekangan masa lapang membataskan peluang saya itu..

Alhamdulillah bila ada sedikit kelapangan ni terus je cepat-cepat update supaya tak terlalu basi entri ni..haha.

Ini sedikit perkongsian pengalaman shopping raya yang pertama bersama zahrah..tak banyak pun gambar tapi bolehlah untuk menceritakan sikit-sikit pengalaman.



2 gambar di atas ni masa jalan-jalan kat wisma muis..masa pergi tu hujung minggu. Hanya tuhan yang tau macam mana sesaknya tempat tu..jalan berlaga-laga bahu. Masa tu risau sangat dekat zahrah..nasib baik zahrah sangat behave dalam carrier yang dikendong abi dia..syukur sangat-sangat.

Konon-konon pergi situ nak cari baju melayu abang tapi tak jumpa warna yang dicari..lepas tu sambil-sambil lah nak cari tudung juga tapi dah keadaan sesak macam tu terus hilang semangat nak cari tudung. Dapat kuih cincin je berbungkus-bungkus..haha. 



Haa..yang ni pula kat centre point..pun ramai orang juga. Bersusun-susun kereta keluar masuk nak parking..nasiblah lepas tengok offer macam ni terus semangat..haha. 

Zahrah yang sporting termenangis jugalah masa mencari pakaian dia ni (gambar atas). Lepas tu abi dia pujuk dengan baju doraemon, terus jadi sporting balik..haha. Dapat jugalah zahrah baju doraemon warna pink sepasang..haha.

Hasil pelaburan duit untuk zahrah kat sale tu boleh tahan juga..hampir rm100 juga habis untuk dia seorang, pheww.

Selain 2 tempat tu, gigihlah juga kami mengusung zahrah di bulan puasa tu ke segama, sinsuran, wisma merdeka dan giant. Kalau ikutkan rasa hati semua tempat nak pergi tapi Kk sangat jam pada masa tu..wawawa..lupakan saja.

Kesimpulannya..shopping dengan zahrah ok je dan sangat menyeronokkan. Nasiblah zahrah kecik lagi, belum pandai nak minta beli toy..kalau tak habislah..haha.

Friday, July 17, 2015

HAPPY BELATED BIRTHDAY :-)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya dapat juga update belog..syukur sangat atas nikmat kelapangan yang ada ni.

Alhamdulillah juga pada 8Julai hari tu genap usia abah 50 tahun..dah separuh abad dah rupanya abah, hehe. Selamat hari lahir abah:-) semoga dengan meningkatnya usia abah, kehidupan abah akan lebih diberkati dan dirahmati..amin ya rabbal alamin.






Tok abah yang birthday tapi zahrah pula yang lebih..haha. Happy belated birthday tok abah..(kata zahrah)..

Saturday, May 30, 2015

SELAMAT HARI GURU 2015..

Bismillahirrahmanirrahim...

Biarpun tarikh 16 Mei sudah berlalu, kami sepakat juga adakan sambutan hari guru peringkat sekolah semalam, 29 Mei 2015..kita tengok gambar saja terus ya :-)

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin yang sudah menjadi rutin kami setiap pagi jumaat..

Pengacara majlis..

Ucapan dari ketua murid..

 Ucapan dari guru besar..

Sempat lagi buat peace di sana..hehe

Acara bertukar-tukar hadiah..dapat hadiah dari guru besar, lalala.

Ini pula guru yang dapat hadiah dari saya..

Acara memotong kek..

Sebelum makan baca doa dulu..

Makan time..nyam-nyam

Kami tak mau ketinggalan..lalala

Untuk kek yang sedap macam ni, gambar banyak kali pun tak apa..lalala

Muka tak malu tumpang bergambar kat iphone..hehe

Sekali lagi title gambar ni muka tak malu..

Ini muka malu sebab guna camera sendiri..ehh?

Akhir sekali..selamat bercuti untuk semua!!!



Friday, May 29, 2015

5 HARI 4 MALAM DI KEM PLKN

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dapat tau yang saya kena hadiri Program Transformasi Minda (PTM) di kem PLKN, perkara pertama yang saya risaukan ialah zahrah..macam mana nak bawa zahrah pergi kem, boleh ke?? Boleh bawa husband sekali ke?? Ada tempat tinggal disediakan ke?? Macam-macam saya fikir..sampai terfikir nak postpone je, tunggu sampai zahrah besar sikit.

Nasib baik dan syukur sangat bila En. Darriyanto, pihak urusetia tu berusaha tolong saya supaya saya dapat bawa zahrah sekali pergi kursus..alhamdulillah, pihak plkn sediakan bilik untuk saya bersama abang dan zahrah sepanjang kursus berlangsung. Kasihan kat abang terpaksa bercuti panjang sikit teman saya kursus demi untuk jaga zahrah..love u so much abang :-)



Pemandangan sebelum sampai kem.. seberang sana tu jambatan gantung yang jadi penghubung untuk masuk ke kem suatu masa dulu


Pintu masuk utama ke kem..


Atas tu tempat flying fox..ok saya hanya mampu ambil gambar saja


Jalan ke bawah ni la arah ke bilik kami..dah lah terpencil, jauh pula (ish..syukur alhamdulillah dapat bilik)

Sesi latihan kumpulan kami untuk malam penutupan..berlatih last minit tapi...

...kumpulan kami menang persembahan terbaik! Yeah..!



Malam penutup yang best..

Bersama bff tersayang, suel..dan kawan baru, alia..

Hari last..kami nak pulang. Zahrah dan abang tak sabar dah nak pulang..bosan duduk di kem, haha

Alhamdulillah cabaran selama 5hari 4malam berjaya kami lalui dengan jaya walaupun kasihan sangat dekat abang dan zahrah sepanjang tempoh tu.. 

Thanks suel sebab banyak tolong sepanjang ptm tu..kalau tiada suel rasanya saya tak mampu lalui ptm dengan jayanya..sayang suel.

Thursday, May 14, 2015

KREATIF KE ???

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru 2hari kembali bekerja dah kena pergi kursus..wawawa. Saja nak share sikit apa yang kami buat dalam kursus..antara aktiviti yang kami lakukan.

Kami diminta menghasilkan seni asertif dalam bentuk non-verbal..

Kumpulan sjkc...

Ambil gambar dari jauh je..hehe

Ni hasil seni ahli kumpulan saya..:-)

Ini pula hasil seni saya..lama juga termenung sebelum dapat hasilkan yang ni, haha.

Nanti boleh aplikasikan seni ni pada anak murid pula di sekolah..insyaAllah :-)

Wednesday, May 13, 2015

RUTI HARIAN SELEPAS HABIS CUTI...!

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu ni tamat sudah cuti bersalin saya selama 3bulan itu..sedih nak tinggal zahrah kat rumah dengan mak tapi apakan daya..wawawa. Tiada sudah moment mandikan zahrah setiap pagi itu..sedih. 

Untuk kurangkan kesibukan setelah balik bekerja, minggu lalu lagi dah siap-siap iron baju banyak sikit untuk stok sepanjang minggu ni..sekali dengan baju abang. Lepas tu siap-siap penuhkan fridge dengan stok susu..alhamdulillah setel bab itu. 

Hari pertama kembali bekerja agak kelam kabut juga sikit..balik je kena masak pula lepas tu ganti mak jaga zahrah. Kena pam susu lagi sebab setengah hari tinggal zahrah, susu terkumpul banyak..sekali pam dapat 2botol saiz 5oz..syukur alhamdulillah.

Lepas tu kena basuh botol-botol bekas zahrah minum..main-main dengan zahrah lagi. Pada usia 3bulan ni zahrah sangat suka bermain..sangat suka ketawa juga..tak sampai hati biar dia main sorang-sorang.

Petang pula bawa zahrah jalan-jalan pula..budak bambam tu sangat suka berjalan tau. Lepas tu sibuk nak mandikan zahrah pula, basuh kain dan kelam kabut pula nak tidurkan zahrah dan nak masak untuk makan malam pula..fuhh!

Bila zahrah tidur, boleh makan dengan tenang dan santai bersama abang..lepas makan pula sambil rehat-rehat buat pula rph..pheww!

Tahan hati jelah rasa macam masa pack sangat..jap lagi sebelum tidur nak pam susu pula lagi..demi zahrah dan niat untuk penyusuan secara ekslusif, sabar sajalah.

Paling penting kena hargai masa dengan sebaiknya..sikit pun tak boleh buang masa. Kena urus masa dengan sebaiknya..insyaAllah semoga setiap urusan kami sekeluarga dipermudahkan..amin.

Cak! Ini pagi tadi masa kami suami isteri sedang bersiap ke tempat kerja..zahrah dah bangun dan masa ni dia tengah bermain..sedih woo nak tinggal dia main.

Tak padan kecik dah pandai posing..hehe

Budak manja..rindu pujuk dia nangis macam ni.

Minggu depan saya kena hadiri kursus PTM..terpaksa abang cuti 5hari untuk jaga zahrah sepanjang saya berkursus di kem PLKN tu nanti. Kesian kat abang dan zahrah..wawawa.

Nanti saya update macam mana pengalaman bawa anak kursus..insyaAllah.

Monday, May 4, 2015

FAMILY GATHERING..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena cuti hari pekerja 1mei yang lalu, kami berkumpul 1 family mentua jalan-jalan dan shopping sikit-sikit..sehari suntuk berjalan, biarpun bawa baby semua tu langsung tak menghalang. Syukur sangat zahrah sangat behave..tak banyak ragam, yeah!

Orang tu sorang je pandang kamera..tak malu sungguh, haha.

Tetap tak miss nak pandang kamera..haha

Makan time...lalala. confuse kejap, kenapa saya asyik duk depan  kamera je ye..hmm

Mereka yang lama tidak ditemui..comel dilla si minnie tu :-)



Gambar ni tampak nostalgia..sebab tu hitam putih, haha. Comel dhail main belon seolah tau nak diambil gambar..

Selepas makan..bertebaranlah kami mencari arah shopping masing-masing :-)

Itu saja entri jalan-jalan kami..bukan main lagi zahrah, tak padan umur baru 2bulan tapi dah masuk 4 kali jalan-jalan shoping kat kk..lalala