Tuesday, September 9, 2014

PROGRAM PECUTAN AKHIR..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah petang ahad baru ni murid-murid tahun 6 Sk Jabang berjaya mendaftar dalam program pecutan akhir UPSR anjuran pihak sekolah.. dalam program ni, calon-calon UPSR akan dikuarantin di sekolah sepanjang minggu peperiksaan sedang dijalankan.. kiranya bermula petang ahad sampailah petang khamis dah selesai exam baru dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

Program ni bertujuan supaya calon-calon UPSR ni dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada exam dan dapat menjauhkan diri dari sebarang masalah yang berlaku di rumah masing-masing. Sepanjang program ni semua keperluan dan kebajikan mereka akan dijaga sepenuhnya oleh petugas-petugas yang dilantik.

Saya pula hanya perlu ke sekolah pada siang hari, malam-malam tak dibenarkan bagi ibu mengandung..yeah! Apa pun, semoga program ni akan berjaya mencapai objektifnya..insyaAllah.

Sesi pendaftaran pada hari pertama iaitu ahad


Riadah yang dikendalikan abang..






Majlis solat hajat pada hari yang pertama


Calon-calon UPSR mendengar mandat dari guru besar

Hari ni dah masuk hari ketiga mereka dikuarantin..alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan baik-baik saja..:)

SIAPA TAK PERNAH MAIN??

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu baru-baru ni, kami suami isteri dengan para ipar duai sepakat bermain permainan yang sudah lama ditinggalkan..konon-konon menggamit nostalgia lalu lah, haha. Biarpun agak sedikit penat seharian membeli barang untuk program sekolah dengan abang, saya tak mau ketinggalan bermain..dah hampir tengah malam tapi gigih juga bawa baby bermain, hehe.

Malam tu kami bermain cukup korum..ngam-ngam 4 pemain. Saya pula relakan diri jadi banker, dapat pegang duit wooo..siapa tak nak kan biarpun cuma yang palsu, haha. Kami bermain dengan jayanya sampai jam12 tengah malam tak silap kot..

tadaa...

ni lah duit-duit yang saya si banker pegang, haha.


Siapa yang tak pernah main jutaria ni memang rugilah..bagus sangat untuk memperkasakan lagi matematik & ilmu perniagaan, hehe. Selain tu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pemain..

Selamat mencuba!

Friday, September 5, 2014

BARAKAH SUSU IBU, ANUGERAH TIDAK TERNILAI..

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam jumaat semua..ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsi hari ni, cewah! Alkisahnya semalam abang balik dari main badminton terus buka laptop dan print teks khutbah untuk hari ni. Tapi hari ni bukan giliran abang jadi khatib, abang tolong printkan untuk pakciknya yang bertugas hari ni..selesai je abang print teks tu, abang suruh saya teka tajuk khutbah tu..saya terus surrender, manalah dapat nak teka kan. Terus abang baca tajuk khutbah yang abang print dari web JHEAINS -'Barakah Susu Ibu, Anugerah Tidak Ternilai'.. terus saya excited nak baca, haha.

Rugi kan kita orang perempuan tak dapat nak dengar khutbah yang sangat berkaitan dengan diri kita..nak harapkan suami cerita semula lepas balik dari masjid memang macam payah sikit lah kan. Kalau cerita pun, sikit-sikit je kot..dalil-dalilnya tak berapa nak ada. Macam saya pula, tiap kali giliran abang bertugas saya rajin tolong printkan teks untuk abang..jadi saya dapat baca dulu, haha. Kalau abang tak bertugas pula, download sendiri je lah lepas tu baca..syukur sangat dapat jadi isteri abang, ganjaran yang baik insyaAllah dikongsi bersama.

Tapi hari ni saya tak mahu kongsi ganjaran tu berdua je tapi nak kongsi dengan semua pula..dapat lebih lagi kan, hehe. Jom baca sama-sama :) (Ambil yang penting je ni..hehe)

Terdapat beberapa langkah terbaik untuk menyempurnakan perintah Syariat ini, antaranya:
1. Tempoh penyusuan ibu ialah dua tahun genap.
2. Tugas seorang bapa ialah menyempurnakan keperluan makan, minum serta pakaian ibu atau isterinya.
3. Islam tidak memberatkan perintah penyusuan ibu dan makan, minum serta pakaian terhadap bapa, melainkan menurut kadar kemampuan mereka.
4. Jika bapa tiada, maka kewajipan akan beralih kepada waris.
5. Tempoh penyusuan boleh diberhentikan setelah perundingan dan persetujuan sesama suami isteri dicapai.
6. Islam membolehkan penyusuan ibu kepada orang lain dengan upah yang sepatutnya.
7. Bertaqwa kepada Allah SWT adalah kunci dan kemuncak seluruh kehidupan orang yang beriman.

Sehubungan dengan perintah Syariat terhadap penyusuan ibu ini, kerajaan telah mengambil pendekatan proaktif dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran masyarakat, khasnya umat Islam perihal kepentingan serta keberkatan penyusuan ibu untuk bayi yang baru lahir sehingga genap berumur dua tahun.

Kempen kesedaran penyusuan ibu ini sebenarnya selaras dengan tuntutan Syariat Islam. Justeru, kerajaan terus mengukuhkan tuntutan ini dengan menjadikan bulan Ogos setiap tahun sebagai Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia. Di Negara kita hari ini peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7%. Bagaimanapun hanya 14.5% menyusui bayi mereka secara eksklusif selama enam bulan pertama. Manakala bagi Negeri Sabah hanya 55.9% ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif
sehingga bayi berusia enam bulan pada bulan Januari hingga Jun 2014.

Tentang kelebihan susu ibu, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Tidak ada susu yang lebih baik daripada susu ibunya”. (HR Ar-Ridha).
Sesungguhnya kelebihan, faedah dan manfaat susu ibu teramat banyak kepada bayi dan juga untuk ibu itu sendiri, antaranya ialah:

1. Susu ibu adalah titik permulaan paling baik untuk seorang bayi.
2. Susu ibu menjamin tumbesaran bayi yang sihat.
3. Susu ibu mempunyai khasiat yang tidak ternilai.
4. Penyusuan ibu merapatkan kasih sayang bayi dan ibu.

Manakala manfaat dan kebaikan penyusuan ibu khusus untuk bayi, ialah:
1. Susu ibu berkesan bagi melindungi bayi daripada jangkitan.
2. Susu ibu berkesan merangsang tumbesaran otak bayi.
3. Susu ibu juga mengandungi faktor pertumbuhan dan hormon yang mampu memastikan tumbesaran bayi itu lebih sempurna.

Penyusuan ibu juga amat bermanfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka, selain mendapat jaminan pahala serta keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT, sesungguhnya penyusuan ibu baik untuk wanita, terutama kaum ibu, antaranya:

1. Penyusuan ibu berkesan untuk melindungi kesihatan ibu.
2. Penyusuan ibu juga berkesan untuk pemulihan fizikal ibu selepas bersalin dengan lebih cepat.
3. Penyusuan ibu boleh menjarakkan kehamilan.
4. Penyusuan ibu tidak semahal susu tin.
5. Penyusuan ibu amat jimat dan lebih ekonomik.

Terdapat kelebihan dan khasiat susu ibu, kerana mengandungi kolostrum berwarna kuning dan menyerupai mentega cair. Kolostrum mengandungi antibodi untuk mencegah jangkitan penyakit. Kolostrum adalah imunisasi pertama terhadap bakteria dan virus. Kolostrum juga mengandungi faktor pertumbuhan yang boleh membantu kematangan usus dan mencegah alahan.

Maka selaras dengan perintah serta tuntutan Syariat ini, juga dengan nilai keberkatan dan pahala, selain banyaknya khasiat susu ibu serta kelebihan atau manfaat kebaikannya, kita sebagai suami, ayah serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan yang penuh kepada isteri dan ibu kepada bayi dengan memberikan perhatian yang sempurna serta mengurang dan meringankan beban kerja isteri atau ibu di rumah.

Sebagai suami dan ayah kepada bayi yang baru dilahirkan oleh isteri yang kita cintai hendaklah sentiasa memberikan masa rehat yang cukup kepada isteri dan ibu bayi yang baru lahir untuk penghasilan susu ibu yang lebih baik dan sempurna. Paling penting dan amat berkesan ialah kita sebagai suami dan ayah kepada bayi yang baru dilahirkan hendaklah sentiasa memberikan dorongan, motivasi dan sokongan moral kepada isteri dan ibu bayi.

Seterusnya, ikutilah perintah penyusuan ibu ini dengan amal-amal Sunnah lain ketika kita dikurniakan Allah SWT dengan kelahiran anak, iaitu banyak berdoa untuk keselamatan isteri dan anak, sambutlah kelahiran anak dengan azan dan qamat, berilah nama anak dengan nama yang baik-baik seperti nama para Nabi dan orang soleh, tahnikkanlah anak, buatkan aqiqahnya, doakanlah menjadi anak yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, berilmu, beramal soleh dan sebagainya. Sesungguhnya, anak yang soleh itu adalah harta kita di dunia dan akhirat.

Akhirnya, mudah-mudahan dengan kesungguhan kita melaksanakan perintah Syariat dan ajaran
Islam dalam bab penyusuan ibu ini akan memberikan keberkatan, pahala dan manfaat , rahmat
serta segala kebaikan akan terus mengalir dalam diri, suami isteri, ibu bapa, rumahtangga, ahli
keluarga dan ummah seluruhnya.

Seronok saya baca isi khutbah tu..sangat berkaitan dengan diri sendiri. InsyaAllah memang dah lama berazam dan berniat nak menyusukan baby genap 2tahun..semoga niat yang baik itu dipermudahkan dan diperkenankanNya..amin.


Thursday, September 4, 2014

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam aka kelmarin terpaksa pergi sekolah sorang-sorang sebab abang ada taklimat kat pejabat..terpaksalah juga saya drive sendiri ke sekolah, wawawa. Jalan pun berseorangan..dah la jauh :(

Masa rehat kat sekolah, tiba-tiba je hujan turun dengan lebatnya..tak sangka pula akan hujan kan, dalam hati dah terbayang tempias air hujan masuk dalam kereta sebab masa pagi tu memang saya turunkan lebih sikit cermin tingkap..pasrah je lah dalam hati sambil tunggu hujan berhenti.

Tengahari tu saya pulang sekolah macam biasa cuma bezanya kena jalan sorang la..wawawa. Cikgu K yang lintas saya dengan motornya siap pesan kat budak-budak tahun 6 supaya tunggu saya dan iring jalan sama-sama..maklumlah lepas hujan, jalan licin masa tu. Lebih lagi jambatan gantung..terharu juga rasa hati bila jalan diiringi para dayang, haha.

Bila turun dari jambatan, saya dah pelik sebab tengok cikgu-cikgu lelaki berkumpul kat pondok dekat tempat saya parking kereta..termasuk cikgu K tadi. Rupanya mereka itu sedang menunggu saya sebab risaukan saya tak boleh keluarkan kereta dari tempat parking.

Bayangkanlah, kawasan parking tu dipenuhi air..senang cerita banjir kilatlah kiranya. Parit yang ada di tepi tu pula airnya sudah melimpah rata dengan tanah..macam mana saya nak keluarkan kereta?? Sekalipun saya boleh guna gear fourwheel sekalipun, saya tetap tak berani nak reverse kereta dari kawasan tu sebab takut termasuk pula ke dalam parit.. maklumlah mata pun tak jelas mana, dah pakai 4 mata pun masih samar-samar juga..wawawa.

Syukur sangat cikgu-cikgu lelaki tu semua prihatin dengan ibu mengandung yang lemah ni. Akhirnya cikgu K tolong reversekan kereta..alhamdulillah. Dalam perjalanan balik rumah memang tak berhenti mendoakan kebaikan orang-orang di sekeliling yang banyak membantu. Agaknya berkat kebaikan abang juga kot yang selalu bantu orang lain, hinggakan saya dan baby dapat tempiasnya sekali..syukur yang amat:)

Buat semua yang telah membantu, terima kasih sangat-sangat..kalau masa tu tak ada sesiapa, agaknya macam mana lah saya berusaha untuk pulang ke rumah kan.. saya tak mampu nak balas pertolongan tu, hanya doa saja atas kebaikan yang telah dihulur. Jazakallahu khairan kathira.. hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan itu☺




Monday, September 1, 2014

TIJARAH KE??

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu masa cerita kisah terlanggar ayam ada cerita sikit tentang bisnes jual ayam kami suami isteri..okey sebelum kami jual di rumah mak saya je, jual dari rumah. Maksudnya siapa nak beli part ayam atau makanan sejuk beku lain macam sosej dan nugget macam tu boleh datang je kat rumah. 

Mula lepas raya hari tu, kami suami isteri dah kembangkan lagi sayap perniagaan itu (cewah!) dengan berniaga di tapak tamu.. hehe. Alhamdulillah agaknya rezeki baby kot, segala urusan perniagaan kami dipermudahkan. Kami meniaga setiap pagi ahad pada setiap minggu. Saya tak ikut pun, yelah dalam keadaan mengandung macam ni memang tak lah kan ikut meniaga. Saya cuma tolong abang siapkan barang-barang niaga kat rumah je dan tolong apa yang patut.. mak mertua dan adik-adik ipar yang tolong abang meniaga kat tamu.. syukran semuanya:)

Itulah gerai kami di tapak tamu




Antara barang-barang jualan..sayur-sayur dan buah-buahan tu orang tumpang:)

Alhamdulillah semoga perniagaan kami akan semakin berkembang maju..insyaAllah. Nak bergelar tijarah yang berjaya lah katakan.. hehe. Doakan kami suami isteri ya:)

SEBUAH MAJLIS PERTUNANGAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah lepas seorang sepupu dah bernikah, seorang lagi sepupu menyusul biarpun cuma bertunang..tumpang gembira biarpun ada rasa gusar dan kurang yakin memandangkan sepupu yang ini baru berumur 18 tahun, baru saja selesai SPM tahun lalu..Tak mengapalah mungkin dah sampai jodohnya..eloklah disegerakan bukan daripada mendekati maksiat. Tahniah untukmu cik Nurfitri..semoga ikatan pertunangan yang baru dilangsungkan akan berterusan hingga ke akad nikah..amin!

Antara hantaran yang dibawa pihak lelaki


Inilah wajah tunangan orang itu..hehe


Saat disarungkan cincin

Alhamdulillah selesai majlis..semoga cepat-cepat dilangsungkan majlisnya kelak:)

WALIMATUL'URUS SEPUPU..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada tanggal 30 Ogos sepupu saya Cik Julia dah pun selamat bertukar status ke Pn. Julia.. tahniah wahai sepupuku, welcome to the club:) Alhamdulillah dengan pernikahan mereka telah berjaya menewaskan segala godaan dan hasutan syaitanirrojim..

Majlis pernikahan mereka berlangsung seawal jam 8 pagi.. awal yang amat okey, saya bersiap pagi tu dah macam bersiap nak pergi sekolah pula awal-awal pagi. Walaupun masa sampai rombongan pihak lelaki sudah berada di rumah pihak perempuan, tapi saya tetap tak terlewat sebab acara belum mula lagi.. sedetik pun saya tak terlewat mengikuti majlis penuh keberkatan itu:)


Masa ni mempelai tengah dengar khutbah nikah..


Saat akad nikah berlangsung


Penyerahan mas kahwin


Mempelai dengan ibu masing-masing serta mak dan makcik saya:)




Keluarga pengantin lelaki


Kamilah keluarga pengantin perempuan..yang lain sibuk kat dapur, hehe


Bidan terjun..tiba-tiba je sepupu minta saya tolong ukirkan inai, haha..inilah hasilnya


Sempat lagi bergambar dengan anak sepupu.. baby echa yang comel


Kakak sepupu cik mimi pun nak bergambar juga dengan baby echa

Didoakan semoga mahligai yang dibina kedua mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan semoga kedua mereka dikurniakan cahaya mata penyejuk hati yang soleh dan solehah..amin! Wahai pengantin, doakan saya juga ya.. haha.