Thursday, September 4, 2014

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam aka kelmarin terpaksa pergi sekolah sorang-sorang sebab abang ada taklimat kat pejabat..terpaksalah juga saya drive sendiri ke sekolah, wawawa. Jalan pun berseorangan..dah la jauh :(

Masa rehat kat sekolah, tiba-tiba je hujan turun dengan lebatnya..tak sangka pula akan hujan kan, dalam hati dah terbayang tempias air hujan masuk dalam kereta sebab masa pagi tu memang saya turunkan lebih sikit cermin tingkap..pasrah je lah dalam hati sambil tunggu hujan berhenti.

Tengahari tu saya pulang sekolah macam biasa cuma bezanya kena jalan sorang la..wawawa. Cikgu K yang lintas saya dengan motornya siap pesan kat budak-budak tahun 6 supaya tunggu saya dan iring jalan sama-sama..maklumlah lepas hujan, jalan licin masa tu. Lebih lagi jambatan gantung..terharu juga rasa hati bila jalan diiringi para dayang, haha.

Bila turun dari jambatan, saya dah pelik sebab tengok cikgu-cikgu lelaki berkumpul kat pondok dekat tempat saya parking kereta..termasuk cikgu K tadi. Rupanya mereka itu sedang menunggu saya sebab risaukan saya tak boleh keluarkan kereta dari tempat parking.

Bayangkanlah, kawasan parking tu dipenuhi air..senang cerita banjir kilatlah kiranya. Parit yang ada di tepi tu pula airnya sudah melimpah rata dengan tanah..macam mana saya nak keluarkan kereta?? Sekalipun saya boleh guna gear fourwheel sekalipun, saya tetap tak berani nak reverse kereta dari kawasan tu sebab takut termasuk pula ke dalam parit.. maklumlah mata pun tak jelas mana, dah pakai 4 mata pun masih samar-samar juga..wawawa.

Syukur sangat cikgu-cikgu lelaki tu semua prihatin dengan ibu mengandung yang lemah ni. Akhirnya cikgu K tolong reversekan kereta..alhamdulillah. Dalam perjalanan balik rumah memang tak berhenti mendoakan kebaikan orang-orang di sekeliling yang banyak membantu. Agaknya berkat kebaikan abang juga kot yang selalu bantu orang lain, hinggakan saya dan baby dapat tempiasnya sekali..syukur yang amat:)

Buat semua yang telah membantu, terima kasih sangat-sangat..kalau masa tu tak ada sesiapa, agaknya macam mana lah saya berusaha untuk pulang ke rumah kan.. saya tak mampu nak balas pertolongan tu, hanya doa saja atas kebaikan yang telah dihulur. Jazakallahu khairan kathira.. hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan itu☺




Monday, September 1, 2014

TIJARAH KE??

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu masa cerita kisah terlanggar ayam ada cerita sikit tentang bisnes jual ayam kami suami isteri..okey sebelum kami jual di rumah mak saya je, jual dari rumah. Maksudnya siapa nak beli part ayam atau makanan sejuk beku lain macam sosej dan nugget macam tu boleh datang je kat rumah. 

Mula lepas raya hari tu, kami suami isteri dah kembangkan lagi sayap perniagaan itu (cewah!) dengan berniaga di tapak tamu.. hehe. Alhamdulillah agaknya rezeki baby kot, segala urusan perniagaan kami dipermudahkan. Kami meniaga setiap pagi ahad pada setiap minggu. Saya tak ikut pun, yelah dalam keadaan mengandung macam ni memang tak lah kan ikut meniaga. Saya cuma tolong abang siapkan barang-barang niaga kat rumah je dan tolong apa yang patut.. mak mertua dan adik-adik ipar yang tolong abang meniaga kat tamu.. syukran semuanya:)

Itulah gerai kami di tapak tamu




Antara barang-barang jualan..sayur-sayur dan buah-buahan tu orang tumpang:)

Alhamdulillah semoga perniagaan kami akan semakin berkembang maju..insyaAllah. Nak bergelar tijarah yang berjaya lah katakan.. hehe. Doakan kami suami isteri ya:)

SEBUAH MAJLIS PERTUNANGAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah lepas seorang sepupu dah bernikah, seorang lagi sepupu menyusul biarpun cuma bertunang..tumpang gembira biarpun ada rasa gusar dan kurang yakin memandangkan sepupu yang ini baru berumur 18 tahun, baru saja selesai SPM tahun lalu..Tak mengapalah mungkin dah sampai jodohnya..eloklah disegerakan bukan daripada mendekati maksiat. Tahniah untukmu cik Nurfitri..semoga ikatan pertunangan yang baru dilangsungkan akan berterusan hingga ke akad nikah..amin!

Antara hantaran yang dibawa pihak lelaki


Inilah wajah tunangan orang itu..hehe


Saat disarungkan cincin

Alhamdulillah selesai majlis..semoga cepat-cepat dilangsungkan majlisnya kelak:)

WALIMATUL'URUS SEPUPU..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada tanggal 30 Ogos sepupu saya Cik Julia dah pun selamat bertukar status ke Pn. Julia.. tahniah wahai sepupuku, welcome to the club:) Alhamdulillah dengan pernikahan mereka telah berjaya menewaskan segala godaan dan hasutan syaitanirrojim..

Majlis pernikahan mereka berlangsung seawal jam 8 pagi.. awal yang amat okey, saya bersiap pagi tu dah macam bersiap nak pergi sekolah pula awal-awal pagi. Walaupun masa sampai rombongan pihak lelaki sudah berada di rumah pihak perempuan, tapi saya tetap tak terlewat sebab acara belum mula lagi.. sedetik pun saya tak terlewat mengikuti majlis penuh keberkatan itu:)


Masa ni mempelai tengah dengar khutbah nikah..


Saat akad nikah berlangsung


Penyerahan mas kahwin


Mempelai dengan ibu masing-masing serta mak dan makcik saya:)




Keluarga pengantin lelaki


Kamilah keluarga pengantin perempuan..yang lain sibuk kat dapur, hehe


Bidan terjun..tiba-tiba je sepupu minta saya tolong ukirkan inai, haha..inilah hasilnya


Sempat lagi bergambar dengan anak sepupu.. baby echa yang comel


Kakak sepupu cik mimi pun nak bergambar juga dengan baby echa

Didoakan semoga mahligai yang dibina kedua mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan semoga kedua mereka dikurniakan cahaya mata penyejuk hati yang soleh dan solehah..amin! Wahai pengantin, doakan saya juga ya.. haha.




Friday, August 22, 2014

HARI YANG MENYEJUKKAN HATI

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni diisyhtihar hari berkabung buat negara kita..no hiburan, pakai baju warna gelap dan sebagainya. Takziah buat seluruh rakyat malaysia khususnya ahli keluarga mangsa.. Semoga roh mereka yang beragama Islam dicucuri rahmat dan aman damailah mereka di sana.

Apa yang menarik hati saya tentang hari ni ialah apabila radio dan tv diminta menangguhkan hiburan dan memperbanyakkan bacaan al-Quran..rasa tenang jiwa di hari Jumaat yang mulia, dengar pula di radio lagu-lagu nasyid sahaja berselang seli alunan ayat-ayat al-Quran. Seronok rasanya duduk dalam kereta lama-lama. Perjalanan jauh pun jadi sekejap pula rasanya sebab seronok mendengar radio..

Harapnya suasana yang kita hadapi pada hari ini bukan setakat pada hari berkabung ni saja tapi boleh diteruskan dalam mengurangkan hiburan dan memperbanyakkan zikir dan alunan ayat-ayat suci.. insyaAllah. Tak rugi pun kurangkan hiburan bagai..hiburan boleh tapi biarlah sederhana saja dan seimbang dengan keperluan rohani kita. 

Apa pun, teruskan doa kita buat saudara kita yang diingati pada hari berkabung ini.. semoga tenang mereka di sana di sebalik insiden yang telah menimpa mereka..amin ya Rabb.





Saturday, August 16, 2014

SANAH HELWAH DUA PERMATA HATIKU:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya sekalikan sahaja entri ni memandangkan agak sukar untuk saya update blog kebelakangan ni..bukan sukar apa pun, saya saja yang selalu tak larat dan rehat saja memanjang.. online pun sambil baring saja kadangnya. Maka di kesempatan yang ada ni saya satukan sahaja kisah hari lahir abah dan mak yang berselang sebulan. Abah pada 08 Julai masa puasa hari tu dan mak pula 08 Ogos masa raya baru ni.. hehe. Tengok gambar-gambar abah dulu lah baru mak.. ikut giliran:)

kek perisa keladi.. sedap juga lah. Nyam...


Sempat potong dan makan kek dulu sebelum abah bergerak ke masjid Solat terawih..

Masa rancang kek untuk hari lahir mak, saya terfikir nak tempah kek bentuk mesin jahit.. mak kan tukang jahit, mesti teruja kot kalau nampak kek bentuk mesin jahit dia. Puas lah saya google sana sini cari bentuk mesin jahit yang mudah tapi tak jumpa-jumpa. Akhir sekali saya cari bentuk beg saja.. perempuan kan sinonim dengan handbag, haha.

Taraa..kek perisa strawbery.


Sibuk je orang tu kan.. haha.

Ni lah bentuk beg yang simple tu.. boleh lah, haha.


Insan yang diraikan:)


Sempat suap-suap lagi tau.. haha


Kamilah birthday planner itu.. hahaha

Alhamdulillah tercapai hasrat saya meraikan kedua orang tua yang amat saya sayangi.. masa kecil-kecil mereka raikan saya, kini dah besar tiba masa saya raikan mereka pula. Semoga panjang umur mereka dapat melihat cucu-cucu dan generasi seterusnya serta dilimpahkan dengan kesihatan yang baik.. amin. 


CERITA RAYA KAMI:)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun ni tema hari raya kami ialah hijau.. tema sebelah keluarga mentua:) 2 hari sebelum raya kami di rumah keluarga saya, siapkan apa-apa yang patut lepas tu malam raya hingga ke pagi raya pula di rumah mentua. Tengahari raya pertama tu baru lari balik ke rumah keluarga saya pula sampai raya kedua.. rumah dekat je, jadi bila-bila masa kami nak balik boleh je terus balik.. tak ada apa nak dirisaukan, hehe.

ni ialah barisan model yang tak sabar-sabar nak bergambar raya..siap sedia di lokasi penggambaran, haha.


 2 orang tak ada dalam gambar keluarga ni.. yang penting saya tetap ada, hehe. 


Semua tak sedia.. tapi saya dah standby dengan senyuman, haha.


Keluarga besar belah suami bila dah berkumpul 3 buah rumah.. sarapan ramai-ramai:)


Ni pula gambar di kerukan, kuala penyu ..keluarga belah suami juga..


Abang saja suruh tunjuk..hasil tangan dia menghias koktel buah untuk tetamu masa raya tu:)


Alhamdulillah biarpun agak sedikit penat dan macam kelam kabut sikit raya tahun ni sebab nak bahagi masa antara kedua belah keluarga kami tapi kami seronok dan menikmati saat-saat itu dengan gembira:) Tahun pertama raya bersama katakan.. hehe.

Raya kami seterusnya pula ialah di kampung mak si puteri (biras saya) di Kg. Banting, sipitang.. perjalanan kami ke sana tu sambil-sambil usha buah-buahan yang tengah musimnya sekarang ni.




Ni lah si puteri..bukan main lagi dia posing, haha.


Penyakit orang sekarang..berselfie saja, haha.


Kampung ni dipenuhi dengan bunga-bunga.. macam-macam bunga ada.


Mak mentua pun tak nak ketinggalan bergambar dengan bunga..


Bunga-bunga banyak di tepi jalan..


Apatah lagi di halaman rumah..memang banyak.


Banyaknya bunga-bunga kat sana sampai saya dan abang pun sibuk lawan siapa jumpa bunga yang lebih cantik.. haha. Mak mentua pun bukan main lagi borong bunga-bunga..

Balik dari kg. Banting kami pun singgah di tamu Sipitang mencari buah-buahan.. majoriti beli durian, tapi saya dan abang beli langsat madu. Beli sekilo je untuk makan sepanjang dalam perjalanan. Ingatkan tak ada apa-apa kesan makan langsat banyak-banyak, sekali esoknya hampir 6-7 kali saya muntah dan abang pula cirit birit.. fuh, serik saya nak makan langsat madu lagi.. haha.

Begitulah kisah raya saya dan abang secara ringkasnya untuk tahun ni.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat lagi bertemu dengan ramadhan dan syawal akan datang.. biiznillah, amin.