Saturday, August 16, 2014

CERITERA RAMADHAN KAMI :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan tahun ni sangat berbeza dari tahun-tahun yang lepas sebab pertama kali sambut ramadhan tahun ni sebagai isteri juga bakal ibu..alhamdulillah. Ingatkan susah sangat nak menjalani ibadah puasa setelah jadi isteri ni rupanya jauh lebih mudah.. lalala. 

Masa bujang dulu, boleh kira je berapa hari dapat bangun sahur. Tapi tahun ni, tiap-tiap hari woo bangun sahur.. best sangat. Berbuka pun sama-sama..berkongsi makanan lagi, alhamdulillah. Tapi ramadhan tahun ni biarpun seronok sebab berdua namun sangat mencabar bagi saya sebab berpuasa dalam keadaan hamil. Alhamdulillah Allah kurniakan lagi rezeki buat kami untuk kali kedua.. diberi peluang untuk mengandung semula selepas keguguran hari tu. Mulanya saya ingat biarpun kini baru memasuki usia 9 minggu kandungan, saya boleh berpuasa dengan baik dan penuh sepenuh- penuhnya tahun ni tapi rupanya silap daaa...

Saya sangat tak larat sepanjang berpuasa dalam fasa kehamilan ni..tapi saya kuatkan juga semangat cuma memang lembik semacam la. Jalan pun macam tak larat dan balik dari sekolah wajib akan tertidur kepenatan. Setakat hari ni baru 2 kali saya terpaksa berbuka puasa sebab khuatir dengan kandungan tak cukup zat. Nak memasak untuk sahur dan berbuka pun tak larat.. mujur abang sangat memahami.

Tahun ni juga saya tak larat menunaikan ibadah terawih sebab asyik rasa penat saja.. bayangkan kadang seawal jam 9 malam saya sudah tertidur dengan lenanya. Mujurlah masih mampu berpuasa.. alhamdulillah. Tahun ni juga nampak gaya memang tak dapat lah nak buat biskut-biskut raya macam tahun-tahun lepas..tempah sajalah jawabnya.

Semoga berkat bulan yang mulia ni.. rezeki yang Allah kurniakan buat kami suami isteri ni subur sihat dan membesar dengan penuh keberkatan dan limpah rahmatNya.. amin.

oh, ya.. awal ramadhan hari tu berkesempatan juga berbuka puasa bersama keluarga mertua masa ke kk..Tahun pertama melalui ramadhan bersama mereka..banyak perkara yang saya pelajari. Tengok je lah gambar-gambar ye..:)










Selamat menjalani ibadah puasa.. semoga ramadhan tahun ni lebih bermakna buat kita semua.. insyaAllah:)

Saturday, June 28, 2014

FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini kisah benar..nama pun inibukankisahdongeng kan..hehe.

Kisah ni baru saja berlaku.. di sebuah kampung ala-ala pulau kecil dan di kampung tersebut ada sebuah sekolah rendah, masjid dan tadika. Pada suatu hari, seorang guru lelaki di sekolah rendah tersebut tergerak hatinya ingin menunaikan solat sunat dhuha di surau kampung tersebut. Saya namakan guru itu cikgu teraniaya..cikgu tu seorang saudara baru namun sudah lebih 10 tahun saya agak sudah memeluk Islam.


Al-kisahnya bermula apabila selesai cikgu teraniaya solat dhuha..beliau ternampak selaras (saya tak pasti betul ke tak penjodoh bilangan ni) senapang di tepi masjid tu. Hatinya tertanya-tanya siapa empunya senapang itu dan dalam pada tertanya-tanya tu, cikgu teraniaya menuju ke tadika yang berada tak jauh dari masjid tu.

Cikgu teraniaya pesan kat guru tadika dan pembantu guru tadika tu yang mana orang kampung tu juga supaya tak bagi murid-murid tadika dekat dengan masjid sebab kat sana ada senjata api katanya, bahaya. Lepas dah pesan macam tu, cikgu teraniaya patah balik ke masjid untuk tunggu lagi sekejap, kot-kot ada orang nak datang ambil senapang tu kan.. lama menunggu tak ada sesiapa juga yang datang. Akhirnya cikgu teraniaya pun balik semula ke sekolah.

Apabila pembantu tadika tadi pulang ke rumah, dia pun ceritakanlah pada ayah mertuanya tentang cikgu teraniaya yang datang ke tadika bagitau pasal senapang tu. Ayah mertuanya tu saya namakan Imam terburu-buru. Selepas dengar cerita menantunya tu, Imam terburu-buru teringat yang senapang tertinggal kat masjid tu sebenarnya senapang miliknya.. lalu cepat-cepat dia ke masjid untuk ambil semula.

Malangnya, senapang tu dah tak ada..lalu Imam terburu-buru pun menunggu waktu balik sekolah. Beliau menahan cikgu teraniaya dan tanpa banyak kata terus menuduh cikgu teraniaya yang mengambil senapangnya yang hilang tu. Rumah Imam terburu-buru menjadi tumpuan orang-orang kampung dan ramai yang menyaksikan peristiwa fitnah tersebut. 

9kali Imam terburu-buru mengulang kata-katanya pada cikgu teraniaya..'kamulah yang mengambil senapang aku tu'. Tiba-tiba seorang pakcik yang saya namakan pakcik batu api pula menyampuk mengatakan kes kehilangan duit yang pernah berlaku dulu pun dilakukan oleh cikgu teraniaya juga.. cikgu teraniaya terkedu mendengar satu demi satu fitnah dan tuduhan dilemparkan padanya. Sehingga Imam terburu-buru kemudiannya mengambil keputusan akan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Cikgu teraniaya terus berkata bahawa dia redha dengan apa jua tuduhan yang dilemparkan dan juga laporan polis yang dibuat ke atasnya.. lalu beliau terus berlalu dari tempat kejadian dan pulang ke rumah. Penduduk kampung yang lain bersimpati dengan cikgu teraniaya dan berasa malu dengan kejadian yang berlaku namun tidak mampu berbuat apa-apa. Sebaik cikgu teraniaya beredar, penduduk kampung beramai-ramai mencari senapang yang hilang itu.

Tidak lama kemudian, pada waktu petang senapang itu pun dijumpai sendiri oleh Imam terburu-buru dan pakcik batu api di sebalik pokok.. orang-orang kampung menyalahkan Imam terburu-buru atas kecuaiannya dan tindakan melampaunya menuduh cikgu teraniaya. Imam terburu-buru dan pakcik batu api rasa menyesal dan malu dengan perbuatan mereka namun nasi sudah menjadi bubur.. maruah seorang guru telah mereka pijak dan wajahnya telah mereka conteng arang.


ž
ž ž$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qç7Ï^tGô_$# #ZŽÏWx. z`ÏiB Çd`©à9$# žcÎ) uÙ÷èt/ Çd`©à9$# ÒOøOÎ) ( Ÿwur (#qÝ¡¡¡pgrB Ÿwur =tGøótƒ Nä3àÒ÷è­/ $³Ò÷èt/ 4 =Ïtär& óOà2ßtnr& br& Ÿ@à2ù'tƒ zNóss9 ÏmŠÅzr& $\GøŠtB çnqßJçF÷d̍s3sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# Ò>#§qs? ×LìÏm§ ÇÊËÈ  


 Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani
(12    :  Surah al-Hujurat )
  ..Kesimpulannya berfikir dahulu sebelum bertindak kerana apabila sudah terjadinya fitnah buruk akibatnya
..wallahualam bissawab, renung-renungkanlah

Wednesday, June 18, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU..

Bismillahirrahmanirrahim...

Agak terlewat sedikit update entri berbahagia ni..hehe. Tapi tak mengapa sebab saya pasti suel sahabat saya masih dalam mood pengantin baru dan feeling honeymoon lagi..lalalala. Majlis suel ni berlangsung pada 1 Jun yang lalu di rumahnya di Kota Marudu.. syukurlah Allah permudahkan perjalanan kami memeriahkan majlis suel walaupun sedikit jauh. Paling penting melihat sahabat baik saya bahagia dan gembira, saya pun turut bergembira dan bahagia.. alhamdulillah.


Pelamin suel yang indah:)



Kedua mempelai yang diraikan







Gambar terbaik yang saya dapat ambil..susah woo bersaing nak ambil gambar suel ni.. hehe.



Sempat juga ambil gambar mempelai buat persembahan kebudayaan..





Sementara tunggu pengantin selesai bersiap, kami buat hal sendiri depan pelamin.. haha



Sebelum balik sempat candid banner majlis suel..lalala


Semoga sahabat saya suel dan suaminya bahagia hingga ke akhir hayat dan berjaya mengharungi segala cabaran rumahtangga dengan baik dan penuh kesabaran.. semoga murah rezeki beroleh zuriat yang soleh dan solehah..amin ya rabbal alamin:)

Balik dari majlis suel, bermalam di KK dan menyempatkan diri dating dengan abang sambil tengok cerita maleficent.. hehe.





Alhamdulillah saat entri ini ditulis ada berita gembira yang menanti.. hehe.

Monday, June 2, 2014

PERISTIWA DI SHOPPING COMPLEX

Bismillahirrahmanirrahim...

Jika ikutkan rasa hati serius saya masih sedih dan terkilan dengan kejadian yang berlaku siang tadi..namun saya terpaksa redha, perkara sudah terjadi kan..kena sabar saja lah. Alkisah bermula masa saya dan abang singgah di centre point tengahari tadi. Macam biasa kami tinggalkan kereta di parking atas..tingkat 3. Itu pun syukur sangat dapat jumpa parking sebab hampir 4 kali pusing dari bawah ke atas akhirnya berkat kesabaran jumpa juga petak kosong. Entah kenapa penuh dan sesak pula parking centre point tu hari ni..


Selepas 2 jam..tibalah masa pulang. Saya pergi warisan square sekejap untuk beli big apple..abang pula naik atas dan ambil kereta di tempat parking. Kami decide untuk berjumpa di bawah saja di depan centre point tu. Lepas tu bila saya dah sampai di kereta, abang terus cakap dengan nada kesal.. ' sayang, kereta ni tercalar kat depan..betul-betul kat bucu ni '.. sambil abang tunjuk lagi kat bucu depan sebelah pemandu. Saya terkejut tapi masa tu rilek lagi sebab belum nampak keadaan sebenar. Tambah pula abang suruh tengok sendiri nanti masa berhenti kat mana-mana..


Lepas tu bila saya dapat tengok sendiri... ni lah keadaannya..  






Abang kata kejadian ni mungkin berlaku masa kat parking tu lah..kereta sebelah tergesel masa dia nak keluar dari parking...abang sampai kat kereta dia terkejut ada kesan calar macam tu. Sedih rasa hati masa tengok kereta jadi macam ni. Saya sendiri berusaha bawa elok-elok masa pandu kereta ni tapi orang lain dengan mudahnya gesel badan kereta kat situ pula. Tak pasal-pasal kena melabur cat semula kereta ni.. wawawa. Nasib baik cuma calar, tak kemek.. kena cat semula saja lah.


Untuk semua pemandu kenderaan tak kira jantina, umur,  pekerjaan mahupun status.. silalah memandu secara berhemah, sabar, dan mengikut undang-undang jalan raya.. saya tak tahu siapa yang dah cederakan kereta kesayangan saya tu tapi saya harap insan itu belajar sesuatu dari perbuatannya pada hari ini dan menjadikan kejadian ni sebagai pengajaran bila memandu lebih-lebih lagi masa masuk dan keluar parking.


Perkara yang terjadi ni buat saya takut pula untuk parking di tempat-tempat awam.. haha. Kita dah parking elok-elok tapi orang lain pula yang cuai. Pleasa ya jangan cuai dan gopoh masa memandu. Renung-renungkanlah..


Saturday, May 31, 2014

BELAJAR SAMBIL MELAWAT

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah berjaya juga saya menguruskan lawatan sekolah pada tahun ni dengan jayanya..segalanya berjalan lancar dan urusan kami dipermudahkan sepanjang program berlangsung. Tahun ni kami memilih Petrosains Playsmart dan Perpustakaan Negeri Sabah (HQ) sebagai lokasi lawatan..memudahkan sebab kedua-duanya berada di bangunan yang sama..jangan ingat sabah tak ada petrosains, hehe..


Memandangkan murid-murid kami tak ramai, kami agihkan mereka menaiki kenderaan guru-guru untuk ke lokasi lawatan..lebih kurang 10 buah kereta yang kami gunakan untuk membawa semua peserta dan guru.



Kami semua berkumpul di perkarangan rumah guru besar awal pagi sebelum bertolak..




Kami sampai dalam jam 9.30 pagi..




Sebelum masuk haruslah ditaklimatkan terlebih dahulu..hehe



Murid-murid ditaklimat di dalam petrosains..



Aktiviti yang disediakan untuk murid-murid..



Kami pula dengan aktiviti kami sendiri.. lalala.













Banyak game yang berfaedah kat dalam ni.. kami pun tumpang sekaki mencuba.. hehe



Menari pun ada..ala-ala senamrobik, masing-masing boleh pilih lagu..



Mini hitachi..ala yang korek pasir & tanah tu.. kat sini boleh try korek pasir buatan dengan mini hitachi ni..



Haha..tak mau ketinggalan juga mencuba



Abang tak puas hati saya dah cuba, tu yang dia pun cuba juga, haha



Solat jamak taqdim dan qasar di masjid IPG gaya... sebelah lokasi kami tu saja



Sempat lagi ambil gambar jurukamera kami tu..



Makan pun kena ambil gambar..lalala



Sesi kedua di perpustakaan..



Aktviti yang disediakan untuk murid-murid.. macam biasa kami pun tumpang bergembira, hehe.



Masa bercerita..



Minum petang.. yeah!



Bertukar cenderamata..







Alhamdulillah selesai lawatan untuk tahun 2014.. semoga tercapai segala objektif yang kami rancangkan untuk program ini..murid gembira guru seronok..:)




Friday, April 25, 2014

PISANG BERBUAH 2X

Bismillahirrahmanirrahim..

Nampaknya pisang memang sudah berbuah 2x kali ni.. wawawa. Petang tadi lepas gigih packing ayam segar untuk bisnes kecil-kecilan saya dan abang, saya pun hantarlah ayam-ayam tu ke rumah mak. Dalam hampir jam6 macam tu saya pun pulang ke rumah mertua.. entah macam mana dalam perjalanan saya boleh terlanggar seekor ayam. Saya pun tak pasti status ayam tu sebab saya langgar lari.. haha. Tapi yang pasti saya sempat tengok kat side mirror yang bulu ayam tu berterbangan.. wawawa.

Bila sampai je rumah mertua dan parking elok-elok, cepat-cepat saya pergi tengok bumper depan kereta.. fuh, ok tak ada apa-apa calar.. hahaha. Tapi rasa kesian sangat dekat ayam tu entah apa lah nasib dia agaknya.

Bila abang balik dari main bola, saya pun cerita kat abang insiden yang melibatkan saya dengan ayam tu..

Saya: Abang..tadi kan sayang terlanggar ayam tau
Abang: Hah??? Macam mana boleh terlanggar? 
Saya: entahlah.. nda sempat brek, tiba-tiba sudah terlanggar
Abang: ni mesti laju ni..mana boleh nda sempat brek
Saya: sayang bawa 60 ja.. mana laju. Ayam tu yang salah tiba-tiba limpas lepas tu jalan lambat-lambat
Abang: ???? mesti ayam tu mati sudah.. (lepas tu abang ceramah panjang sebab bawa kereta secara tidak berhemah..wawawa)

Tapi last sekali abang dah malas nak layan saya yang penuh dengan jawapan tak nak mengaku salah..abang pun jawab, " yalah.. ayam tu yang salah. Sayang nda salah pun".. hahaha.

Tapi yang pasti insiden tu memang jadi pengajaran buat saya supaya lain kali lebih hati-hati dan berhemah..bak kata abang, nasib baik tak kena tahan dengan orang kampung dan minta ganti rugi..wawawa. Ni memang dah kes pisang berbuah 2x lepas insiden saya langgar anjing lebih kurang setahun lalu.. tapi masa tu zaman-zaman saya naik ferrari kancil lagi.. haha. Gagah betul langgar anjing sampai patah no flat. Nasib baik kali ni langgar ayam je..:)


Harap-harap lain kali tiada lagi yang menjadi mangsamu.. hehe


Thursday, April 17, 2014

RIO OOOOO.....RIO

Bismillahirrahmanirrahim...

Maaflah..agaknya tahun ni memang ditakdirkan untuk saya update entri yang sudah lama berlalu, haha. Ni pun paksa diri cari masa sesuai untuk update blog. Alhamdulillah minggu lalu sempena hari kedua tayangan Rio 2 bermula, saya dan abang berjaya meluangkan masa bersama menonton animasi super best tu.. haha. Siap tonton yang 3D lagi..


Serius best..dari tengok cerita manusia yang ada banyak adegan tak elok dan pakaian yang tidak menutup aurat, lebih baik tengok animasi.. binatang je pun kan:) Lagu-lagu semua best, dapat tengok binatang menari..bukan senang dapat tengok binatang menari tau. 







Keluarga bahagia..binatang pun pandai menghargai.



Part ni yang tak suka..Roberto mula nak kacau-kacau Jewel.




Serius cantik tengok burung-burung ni ramai-ramai atas pokok:)




Ni pula pencinta alam yang selamatkan habitat burung-burung tu.. yeah!



Si katak beracun yang hati busuk..haha



Lepas tengok Rio ni baru tau yang angry bird tu rupanya burung puyuh.. haha.


Cerita ni memang best..sesuai ditonton oleh semua. Pada saya lebih baik tengok animasi macam ni walaupun memang tak logik dari tengok cerita-cerita biasa sebab tak ada unsur maksiat dan merosakkan fikiran..:) 


Animasi ni juga bukan sekadar kartun biasa yang buat kita gelak semata-mata tapi ada mesej yang cuba disampaikan dalam bentuk yang mudah terutama buat kanak-kanak..mesej tentang memelihara alam sekitar dan menyayangi binatang.


Lagi satu watak kartun ni semuanya comel-comel belaka..kalau tengok kita pun akan rasa macam comel je, haha. Penat dah rasanya promote animasi ni..tengoklah ya beramai-ramai..:)

Selamat menonton:)