Bismillahirrahmanirrahim...
First time ni buat food review tapi memang rasa terpanggil sangat untuk share sikit tentang restoran Radha's Banana Leaf ni.
Terletak di wawasan plaza..sebelah lobi Tang Dynasty hotel. Kebetulan masa check in hotel TD hari tu, rasa malas nak cari tempat makan. Terus abang decide apa kata cuba restoran sebelah lobi tu. Terus saya pun ok saja lah yang penting makan..lapar kot.
Restorannya ok.. Sangat bersih dan kemas. Tapi lupa pula ambil gambar restoran tu..lalala. Apa yang boleh saya katakan restoran tu sangat India. Lagu- lagu dalam restoran semua lagu dalam filem shah rukh khan..hahaha.
Special menu pada hari itu..paratha,chapati dan idi apam. Idi apam tu macam mihun Kari Katanya..kami pun try chapati dan paratha. Paratha dia sedap....fuhh!
Ok.. Ini dish pertama yang sampai. 3 jenis sayur tu untuk nasi set daun pisang yang kami order sebab macam itu je yang masuk di tekak. Nasi goreng dan mi goreng bagai semua tak ada ye..hahaha.
Yeah..nasi sudah sampai. Pelayan datang je terus letak dua helai daun pisang lepas tu sendukkan nasi kat depan-depan kita tu. Boleh lah request nak nasi banyak mana kan. Bekas nasi dia pula macam baldi tin ala-ala tempat perah susu lembu..India sangat ni.
Set daun pisang kami dengan ayam goreng. Lauk untuk set nasi daun pisang ada pelbagai juga tapi ayam goreng je yang berkenan. Set nasi tu siap bagi kuah Kari dan dal ye..
Keseluruhannya kami puas hati dengan servis.. Makanan pun sedap. Tak pasal merasa makanan India malam tu..hahaha. Harga pun sangat berpatutan. Kami bayar dalam Rm 37 kot macam tu.
Sesiapa yang suka makanan India tu datanglah sini..roti dia pun ada banyak jenis. Murtabak pun pelbagai juga. Abang Kata, kuah Kari dia memang kaw! Selamat mencuba..