Saturday, November 22, 2014

SEGMEN : BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Bismillahirrahmanirrahim...



Segmen ni sangat mudah..syarat-syarat pun mudah. Klik je kat banner ye untuk join.. Segmen ni berakhir pada 30/11/2014 jam10 malam..jom join ramai-ramai:)

DINNER AT BGRB

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru je balik dari kursus guru baharu hari tu, esoknya kena pergi pula sambungannya di peringkat PPD..dan malamnya pula bersambung lagi dengan dinner akhir tahun. Waa..memang jadual yang sangat pack dan dipenuhi dengan aktiviti makan memanjang..haha. Tahun ni kami memilih Borneo Golf Resort Berhad sebagai tempat dinner..tempat ni famous juga di sabah bagi peminat sukan golf. Awal-awal dulu plan nak bermalam dengan abang kat resortnya tu tapi tak menjadi pula sebab Jumaat abang ada program KRT daerah pula.

BGRB terletak di daerah bongawan..tempatnya agak ke dalam sikit tapi tak jauh sangat dari jalan besar. Suasana malam agak sunyi juga sebab tak ramai orang kan..yang ada pun pekerja dengan pemain-pemain golf je lah. Tempatnya agak cantik juga..sesiapa nak datang ronda-ronda, boleh je..masuk percuma..hehe.


Kaum hawa santai sementara menunggu ketibaan yang lain..



Santai kaum adam pula..



Syukran pihak BGRB untuk persediaan pentas dan backdrop:)



Abang berucap selaku pengerusi kelab guru & AKP



Guru besar kami sedang berucap..masa ni serius masing-masing lapar yang amat, tak sabar nak makan dah..haha



Yeah..dapat cabutan bertuah. Jarang sangat saya ni dapat nasib bertuah macam ni, hehe.



Yeah dan yeah lagi sebab abang pun dapat hadiah..boleh lah kongsi-kongsi hamper tu:)


Baby khalisya yang sangat comel..:)



Tak ketinggalan juga aktiviti men*sumbang*kan lagu..






Kamilah barisan kakitangan yang hadir pada malam itu..



Barisan kami bila dah campur dengan ahli keluarga masing-masing..



Sempat lagi..hehe





Kalau nak tau inilah hadiah bertuah yang saya dapat tu..tak menyempat, balik je terus buka..haha.


Sejujurnya sangat lega sebab persekolahan sesi 2014 sudah berakhir..syukur sangat semua tugasan dan amanah dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga sesi persekolahan tahun depan jauh lebih baik daripada tahun ni..amin.


KURSUS 3 HARI 2 MALAM..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah 3 hari kursus berakhir baru dapat kesempatan update dalam blog..ala, kursus yang saya sedih-sedih pisah dengan suami tu, haha. Hari tu saya janji nak share siapa yang tersayang saya jumpa dalam kursus..jeng-jeng, kejap lagi gambar akan muncul..:)


Dewan tempat kami mendengar taklimat sepanjang program..



Ini view bandar KK dari bilik kami..tidur malam kami bertemankan kereta lalu lalang sepanjang 2 malam tu..



Ini pula view pada waktu siang..kat tepi tu sebenarnya laut..view yang sangat indah sebenarnya:)



My roomate, Pn. Syafa sepanjang program..kebetulan pula kami 1 PPD.



Inilah dia wajah tersayang yang dirindui..1st time jumpa dengan suel ni lepas dia kahwin hari tu. Alhamdulillah sama-sama berbadan 2..hehe



Sepanjang program inilah ahli barisan kami..semua 1 PPD.



Pn. Fairuz..ex roomate masa kat IPG dulu. Alhamdulillah juga sedang berbadan dua:)


Nyam-nyam yang sempat saya ambil gambar..yang tak sempat tu sebenarnya sebab excited tengok makanan sedap..haha

Syukur sangat walaupun kursus tu sebenarnya saya tak berapa nak happy sebab berjauhan dengan abang tapi alhamdulillah terubat juga dengan kehadiran teman-teman, lebih-lebih lagi dapat jumpa suel dan teman-teman IPG dan UniSZA yang dah lama tak jumpa..seronok sangat:) Harap dapat jumpa mereka semua lagi akan datang..biiznillah.

Friday, November 21, 2014

TAHAP KEIMANAN PENENTU RASA TAKUTKAN ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Jumaat penghulu segala hari..alhamdulillah hari ni dapat juga peluang dan ruang untuk berkongsi khutbah jumaat untuk hari ni. Rasa macam dah beberapa minggu tak berkongsi khutbah dan perkongsian yang berguna. Tajuk khutbah hari ni seperti di atas ye.. mengenai iman, hm..macam best je. Sama-sama kita baca..

**********
Ketahuilah bahawa sesungguhnya keadaan iman seseorang Muslim itu boleh meningkat dan boleh menurun. Kerana itu, kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perkara yang diperintahkan-Nya dan menjauhi segala perkara yang ditegah-Nya dengan meyakini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita lakukan. Matlamatnya adalah untuk memastikan diri mati dalam keadaan beriman dan Islam supaya selamat di akhirat kelak sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (S. Ali-Imraan: 102).

Islam menuntut kita supaya berikhtiar sedaya upaya menjauhkan diri dari segala perbuatan yang merugikan dan mendatangkan bahaya atau kerosakan. Pada masa sama, kita dianjurkan supaya berlumba-lumba melakukan kebajikan yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

”…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (S. Al-Baqarah: 195).

Namun demikian, hakikatnya Orang yang lemah serta tipis imannya tidak begitu menghiraukan sangat larangan agama meskipun menyedari akibat buruk daripada perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat. Ia disebabkan oleh tiadanya perasaan takut dan gerun terhadap Allah SWT dan azab seksa-Nya yang bakal menanti. Kerananya, pelbagai perbuatan mungkar dan maksiat masih terus berlaku di sekeliling kita tanpa mengira waktu malam ataupun siang seperti mencuaikan solat lima waktu, bergaul bebas lelaki dan perempuan, berjudi, minum arak dan sebagainya.

Sesungguhnya rasa takutkan Allah SWT bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Jika seseorang Muslim itu percaya adanya Allah SWT tetapi pada masa yang sama tidak merasa gerun atau takut terhadap balasan azab dan neraka Allah SWT, maka dia bolehlah disifatkan lemah dan tipis imannya. Ketiadaan sebarang perasaan gerun dan takut kepada Allah SWT adalah antara tanda hati seseorang itu telah mati. Kenyataan ini bertepatan dengan penjelasan Allah SWT mengenai beberapa ciri atau tanda orang yang benar-benar beriman. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
(S. Al-Anfal: 2).

Melalui ayat ini, dijelaskan tiga ciri orang yang beriman. Pertama, hati merasa gementar dan takut apabila disebut nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya; Kedua, iman semakin teguh apabila mendengar ayat-ayat al- Quran dibacakan; dan Ketiga, menyerah bulat-bulat atau bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT.

Pendek kata, hanya orang yang beriman sahaja yang akan dapat merasai rasa takut kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Rasa takut itu pula menatijahkan sikap tawakal atau penyerahan kepada Allah SWT atas keyakinan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW yang maksum atau dijamin bersih daripada melakukan sebarang dosa dan dijamin masuk syurga pun memiliki rasa takut kepada Allah SWT. Hal ini ditegaskan Baginda dalam sabdanya yang bermaksud: “Akulah manusia yang paling takut kepada Allah di antara kamu.”
(HR. Bukhari)

Oleh hal yang demikian, kita selaku manusia biasa seharusnya lebih merasa takut kepada Allah SWT
berbanding Nabi SAW kerana tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Maka dengan berpandukan kepada tanda-tanda orang beriman yang digariskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Anfal, ayat 2 tersebut, cuba buat analisa tahap keimanan masing-masing. Tepuk dada Tanya iman:

Adakah hati merasa gementar dan takut bila mana mendengar nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya?
Adakah keadaan iman semakin bertambah dan teguh apabila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran? Adakah diri sentiasa menyerah bulat-bulat atau bertawakal kepada Allah SWT sepenuhnya?

Setelah menanyakan kepada diri sendiri persoalan berkenaan, nilailah tahap keimanan sendiri. Kalau diri merasa gementar terhadap Allah SWT, bertambah iman apabila mendengar ayat-ayat Allah SWT dan ada usaha berserah diri kepada Allah SWT, maka ia dikira berada pada tahap baik. Tapi kalau sebaliknya, dikhuatiri keadaan iman berada pada tahap yang lemah serta merudum. Ia adalah tanda tiadanya rasa takut kepada Allah SWT.

Seseorang Muslim yang benar-benar takutkan Allah SWT akan sentiasa terdorong menghambakan dirinya kepada Allah SWT setulus hati. Semua perintah dan larangan Allah SWT dipatuhi dan ditaati tanpa kompromi. Dengan kata lain, seseorang yang ada dalam hatinya rasa takut kepada Allah SWT tidak akan tergamak melanggar segala perintah dan larangan-Nya.

Justeru, jika merasakan iman berada pada tahap yang lemah dan merudum, segeralah bermuhasabah diri. Ambil langkah-langkah memperkukuhkan tahap keimanan dengan meyakini sungguh-sungguh bahawa Allah SWT sebenarnya Wujud dan Berkuasa membalas segala amal hamba-hamba-Nya. Jauhi perasaan syak dan ragu terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah SWT dalam apa jua perkara kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Laksanakan segala suruhan Allah SWT dan tinggalkan segala yang dilarang-Nya. Beringatlah selalu, bahawa kita semua akan menghadap Allah SWT pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita kerjakan di dunia ini.

Orang yang sempurna imannya sentiasa berusaha melakukan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala yang ditegah-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan
mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnhya mereka tidak tercela; Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.” (S. Al-Mukminun: 1-9).

Ayat ini menyenaraikan beberapa perkara yang dilakukan dan disempurnakan oleh orang yang beriman. Antara perkara yang dimaksudkan itu termasuklah khusyuk ketika bersembahyang, menjauhi diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, berusaha membersihkan harta dengan menunaikan zakat, menjaga kehormatan, bersederhana atau tidak melampau, menjaga amanah serta janji dan sentiasa memelihara solat.

Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa seseorang mukmin (yakni orang beriman) sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah SWT selain menghindarkan perbuatan yang merugikan serta merosakkan diri sendiri dan orang lain. Ia didorong oleh adanya naluri rasa takutkan Allah SWT dan balasan azab seksa- Nya di dunia dan di akhirat.

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin II, tercatat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika berasa gementar hati seorang mukmin kerana takut kepada Allah, maka runtuh dosanya bagaikan daun kering yang gugur dari pohonnya.”

Ini membuktikan Takut adalah sifat terpuji yang sepatutnya ada dalam hati setiap orang Islam yang beriman yang mendambakan darjat takwa dan keampunan dari Allah SWT

Rasa takut kepada Allah SWT akan mendorong seseorang sentiasa berusaha mendekatkan dirinya kepada yang Maha Esa sekali gus menumbuhkan rasa cinta tidak berbelah bahagi terhadap-Nya. Malah, ketakutan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakutan mampu melenyapkan ketakutan manusia terhadap manusia atau makhluk lain. Ketakutan sejati kepada Allah SWT jugalah yang akan menatijahkan keberanian yang luar biasa dalam memburu redha Allah SWT menimba ilmu pengetahuan, bekerja, memperolehi rezeki yang halal, mensejahterakan kehidupan masyarakat, melestarikan keamanan negara dan sebagainya.

Seorang ulama berkata: “Cucilah empat perkara dengan empat perkara. Cucilah wajahmu dengan air matamu, cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu, cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan cucilah dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu.”

Sehubungan dengan nasihat ulama tersebut, marilah kita sedari bersama bahawasanya kehidupan di dunia hanyalah sementara. Maka jadikanlah kematian sanak-saudara dan sahabat-handai sebagai iktibar untuk segera bertaubat dengan berhenti serta-merta daripada berbuat dosa dan maksiat dengan menanamkan rasa takut yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Hayatilah peringatan Allah SWT menerusi firman- Nya yang bermaksud:

“…Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kamu kepada-Ku (semata-mata)
supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah
(mengenai perkara yang benar).” (S. Al-Baqarah: 150).

**********

Demikianlah isi khutbah jumaat pada minggu ini..semoga kita mendapat manfaat dan mengambil iktibar dari kandungan khutbah itu, amin. Sama-samalah kita menilai diri mengenai tahap keimanan masing-masing.. semoga belum terlambat lagi untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan.

Tuesday, November 18, 2014

1ST GIVEAWAY BY ANAMIZU

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah masih berkesempatan untuk join giveaway ni walaupun di sebalik kesedihan berjauhan dengan yang tersayang (amboi!)..

Klik je kat banner tu ye untuk join dan lihat syarat-syarat serta hadiah yang menanti..hehe.

Ada 10 hari lagi sebelum GA ni tamat..jom join ramai-ramai☺

Monday, November 17, 2014

PERTAMA KALI BERJAUHAN..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selama hampir 11 bulan kami bersama, saya dan abang tak pernah berjauhan..pergi kerja sama-sama, buat kerja sekolah kat bilik sama-sama dan pergi mana-mana pun mesti selalu bersama. Tapi minggu ni kami terpaksa terima hakikat untuk berjauhan sementara waktu..sebenarnya 3 hari 2 malam je pun tapi rasa macam bertahun kot..wawawa.

Sebab saya kena hadiri kursus guru baharu kat KK, maka abang terpaksa saya tinggalkan..kalau abang tak kerja boleh je kot nak bawa abang sekali berkepit 24 jam tapi apakan daya. Sedih sangat rasa hati masa berpisah dengan abang kat hotel tadi..wawawa.

Terharu dan gembira campur-campur bila abang sanggup ajak datang awal ke KK semata-mata nak belikan kasut untuk saya guna sempena kursus..kasut yang sesuai untuk pergerakan saya dan baby:) Syukran abang..sayang abang hingga akhir hayat.


Kasut pilihan abang..pakai dengan seluar pun ok. 2 dalam 1..



Gambar bersama sebelum berpisah sekejap..wawawa

Tak seronok langsung pergi kursus tapi hati dan perasaan tinggal kat rumah..rasa nak sangat cepat berlalu 3 hari ni supaya cepat dapat jumpa abang.. haha. Macam terlebih sudah pula dah..tapi yang bestnya dalam kursus ni saya jumpa seseorang yang dirindui, hehe. Next entri saya update siapakah yang dirindui itu..hehe.


Thursday, November 13, 2014

KISAH ANTENATAL CHECK UP HARI NI

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni pergi klinik dengan ditemani abang ingatkan kena suntikan tetanus dos kedua sahaja tapi rupanya buat check up macam biasa juga. Bila bab timbang berat badan, saya berdebar-debar sebab last check up 2 minggu hari tu berat saya telah *bertambah* sebanyak 2 kg dalam tempoh sebulan..ok itu tak mengapa. Tapi hari ni saya terkejut bila dalam tempoh 2 minggu berat saya bertambah lagi 2 kg..?????

Alhamdulillah tak ada kandungan gula dalam urin..bila nurse tanya sama ada saya kuat makan atau tak, saya laju je jawab selera makan macam biasa saja..tak ada peningkatan. Kadang-kadang tak selera makan lagi ada. Macam itu punya tabiat pemakanan pun boleh naik 2kg ke 2 minggu??? Saya sangat pelik dan macam tak puas hati dengan alat timbang berat tu..haha. Rasanya ada ralat kot sebab abang cek berat pun, beza 4kg dengan cek masa kat sekolah pagi tadi..hm, something wrong sangat. Kalau nak kata baby besar, hm..perut saya tak macam orang mengandung 6 bulan. Macam baru nak masuk 5 bulan atau 4 bulan je ni kot.. haha.

Apa-apa pun saya tetap kena berjaga-jaga dan kawal pemakanan..rasa takut nak makan manis-manis, kot-kot lah itu punca berat naik mendadak macam tu. Nanti nak timbang berat semula lah..tak boleh biar macam ni. 

Lepas tu pula, macam biasa nurse akan ambil bacaan jantung baby..agak lama jugalah nurse cek dan gerakkan alat tu di sekitar perut saya tapi tak jumpa-jumpa juga denyutan jantung baby. Sampaikan nurse tanya baby ada bergerak tak..saya jawab ada gerak tapi ada masa-masa tertentu. Dia tak gerak aktif setiap masa tapi bila dah gerak macam tak nak berhenti.. haha. Tiba-tiba..dush! baby menendang dengan kuat. Terkejut nurse tu, bulat mata dia sambil cakap kat saya yang baby tendang dia.. haha.

Tapi masa tendang tu, denyutan jantung tak jumpa lagi..last sekali, nurse tu panggil nurse yang lain. Dia minta tolong kat nurse tu pula cari denyutan jantung. Dia siap kata lagi, baby ni main-main dekat aku..dia tendang aku tadi tapi tak bagi kita baca denyut jantung dia..haha. Nurse yang kedua pun gigihlah gerakkan alat tu juga tapi kena tendang juga berkali-kali..haha. Tapi akhirnya dia dapat jumpa juga denyutan jantung tu, macam agak ke dalam sikit sebab tu payah nak jumpa. Alhamdulillah irama denyutan jantung baby cantik kata nurse dan saya seronok biarpun hanya dengar denyutan jantung je.. haha.

Lepas je cek tu, nurse kedua tu pun cakaplah sambil gelak-gelak..'budak zaman sekarang, dalam perut lagi dah pandai bergurau main tendang-tendang tak nak bagi bacaan jantung..kalau dah keluar nanti tak tau macam mana..' alahai, sampai macam tu sekali nurse tu kata kat baby..semoga baby jadi anak yang soleh / solehah lah hendaknya:) Tak jadi budak nakal..insyaAllah.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Anfal:28 :
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.


Monday, November 10, 2014

-SIMPTOM DIALAMI MASA TRIMESTER KEDUA-

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila kandungan dah masuk 6 bulan ni saya baru terperasan, tersedar dan tahu tentang simptom yang sedang saya alami. Mula-mula ingatkan sebab kecuaian sendiri ke atau ada silap pergerakan kat mana-mana ke..rupanya memang simptom semasa mengandung. Itu pun dapat tau lepas cerita dekat kakak ipar dan tanya pada biras di samping pembacaan ilmiah..lalala.

Sebenarnya dari awal mengandung dah mula rasa sakit dekat bahagian jari telunjuk dan jari tengah..tapi masa tu sakit sikit-sikit je dan datang kejap-kejap. Masa tu ingatkan sakit sebab selalu buat bunyi macam patahkan jari tu..kot-kot la terlebih pula. Tapi bila buat tak tau dan biarkan je sakit tu lama-lama hilang dengan sendirinya.

Sampailah masa kandungan 5 bulan baru ni, terlalu banyak kerja sekolah yang saya kena buat..banyak yang kena taip. Itu belum masuk menaip sebab online dan update blog, haha. Bila dah terlalu kerap menaip dan boleh dikatakan setiap hari siang dan malam menaip, saya mula rasa kesakitan semula dekat bahagian 2 jari tu. Sakit sangat..tak macam dulu sakit manja je, ni siap dengan bengkak lagi. Lepas tu mengadu lah kat abang..abang suruh tunggu dalam seminggu, kot-kot baik sendiri. kalau tak baik juga baru bawa berurut.

Oleh sebab masa tu tersangat sibuk, maka kami sama-sama *lupa* untuk pergi berurut dan masa tu kesakitan tangan pun semakin menjadi..oh, ya jari yang sakit tu belah kanan. Tu yang tak dapat nak bagi rehat sebab kanan kan sentiasa nak guna..sampailah baru-baru ni, tercapai juga hajat nak pergi berurut jari tu. Memang rasa sakit sangat masa kena urut..macam sakit kat sendi rasanya kot. Tapi dua tiga hari lepas berurut tangan jadi makin sakit. Agaknya kesan berurut tu kot..

Sekarang ni nak buat apa-apa guna tangan kanan memang agak susah..nak sikat rambut payah, pegang gayung masa mandi, menggenggam sesuatu..even masa tidur yang kita letak tangan saja-saja atas bantal tu pun sakit juga. Sabar je lah abang dengar si zaujah ni mengadu siang dan malam. Sakit tu paling kuat dirasa masa bangun pagi..silap pergerakan je dengar lah perkataan *aduh* tu keluar, haha. Mujurlah setakat ni tak mengganggu situasi makan dan minum..syukur sangat.

Bila cerita dekat kakak ipar yang baru bersalin, rupanya dia pun macam tu juga dulu masa mengandung anak pertama..lepas tu tanya pula dekat biras yang sedang tunggu hari nak bersalin, dia pun alami situasi sama juga katanya. Fuh..lega sikit rasa hati. Harap-harap lepas bersalin nanti hilanglah kesakitan ni harapnya. Sekarang ni pun menaip guna jari manis je sebelah kanan..terpaksalah demi merehatkan 2 jari yang tengah tenat.

Saya redha je dengan kesakitan ni..anggap ia cabaran dan dugaan semasa mengandung dan pengorbanan seorang ibu..:) Yang penting baby sihat-sihat je dalam rahim ni..

Saturday, November 8, 2014

PENGALAMAN DI WAD BERSALIN

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk entri macam suspen je kan..hehe. Saya tak bersalin lagi, kandungan baru masuk 6 bulan..alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan baik-baik saja walaupun perut dah semakin membesar. Persiapan menyambut ahli baru setakat ni tak ada lagi, satu pun tak ada cuma dah buat list dan survey sikit-sikit je lah barang-barang yang kos agak sedikit tinggi macam stroller, car seat dan breast pump.

Aih..tajuk lain ceritanya lain pula..lalala. Sebenarnya semalam kakak ipar baru je dihantar ke hospital sebab dah rasa sakit perut nak bersalin. Abang, bapa dan mak mertua yang hantar. Saya tak ikut, cuma tumpang tengok je pengalaman ibu nak bersalin tu macam mana. Rasa takut juga tengok kakak menahan sakit dari riak muka dia lepas tu kejap-kejap urut belakang kat bahagian atas pinggang. Sakit sangat agaknya..

Bila abang balik lepas hantar kakak tu, saya tanyalah macam mana keadaan kakak..abang kata bukaan baruuu 1cm. Fuh..saya yang dengar macam tu dah terbayang-bayang macam manalah rasa sakitnya menanggung kesakitan dengan bukaan rahim baru 1cm.

Pagi tadi mak mertua awal pagi dah pergi lawat kakak kat hospital sambil hantar sikit barang yang tak sempat bawa semalam..mak kata bukaan rahim baruuuu 3cm. Fuh..terbayang kesakitan lagi saya. Lepas tu masa mak dalam perjalanan pulang, kakak call bagitau yang dah keluar darah dah. Ingatkan nak bersalin dah..

Lepas tu lebih kurang jam 2 petang kami datang melawat, kakak baring lagi dekat wad. Masa tu belum kena cek bukaan rahim terkini lagi..fuh. Saya pandang je lah sekeliling wad bersalin yang pertama kali dalam sejarah hidup saya masuk dalam tu..dalam hati kata, katil mana satulah tempat aku baring ni nanti..haha. Bunyi macam dah tak sabar nak bersalin..haha. Kakak kata, semalaman dia menahan sakit semalam masa bukaan 1cm tu. Hari ni sakit datang-datang je kakak kata..rasa lega sikit tengok kakak boleh bersembang, gelak, senyum dan online kat telefon lagi dalam keadaan dia baring menahan sakit tu. Dalam hati rasa macam oo..boleh steady lagi macam ni rupanya walaupun menunggu saat nak bersalin. Tapi lain orang lain bahagiannya kot..

Sempat juga saya cakap kat abang semalam, saya takut jadi macam kakak nak menunggu bukaan lama-lama macam tu. Kalau boleh sampai wad bersalin tak lama lepas tu terus bersalin..lepas tu abang nasihat je kata setiap orang ada bahagian masing-masing. Ada yang cepat bersalin dan ada yang lambat. Saya pun redha je lah walaupun tetap mengharap nak dapat bahagian mudah tu..hehe. Mudah bersalin ke atau susah, masing-masing ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya..itulah ketetapan yang dah diberi pada kita..

Semoga baby terus sihat dan segalanya dipermudahkan sehingga tiba masanya nanti..biiznillah:)

Wednesday, November 5, 2014

SAYA BUKAN CURI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada suatu petang, saya dan mak (mertua) duduk di dapur..kakak ipar ada sekali tak silap. Bapa (mertua) yang kerjanya menjaga kedai seharian datang ke arah kami. Bapa buka cerita..tentang Furqan, salah seorang cucunya yang tinggal bersama kami.

Kata bapa, ada orang kebetulan datang ke kedai cerita padanya..dia selalu nampak budak Furqan tu duk korek-korek tabung masjid setiap hari Jumaat. Tapi dia tak pernah berjaya ambil duit dalam tabung tu katanya..dah lama dia nak cerita dekat bapa tapi tak berkesempatan.


Lepas dengar cerita bapa tu, mak terus masuk ke bilik Furqan dan tanya pada dia betul ke tak dia ada korek-korek tabung masjid tu..dia mengaku juga tapi katanya dia tak curi. Dia selalu nampak duit tersangkut kat lubang tabung, sebab tu dia jolok-jolok cuba nak tolong masukkan duit yang tersangkut tu.

Lepas tu mak pesan kat dia, lain kali tak payah tolong masukkan duit lagi walaupun nampak duit tersangkut kat situ..orang bersangka buruk, tuduh dia nak curi duit tu. Furqan pun faham lepas mak pesan macam tu..tapi dia tanya pula macam mana mak tau yang dia ada sentuh tabung tu. Selamba je mak jawab yang kat masjid ada CCTV.. haha. Takut budak Furqan tu dibuatnya..

Buat baik disalah anggap, buat jahat lagi salah..tu yang mak tak bagi Furqan buat baik macam tu lagi. Seeloknya sebagai orang yang lebih berumur, kita lebih bijak menilai dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang seseorang lebih-lebih lagi pada budak yang hanya berumur 9 tahun. Dekati dan tanya dahulu dan kemudian barulah nasihatkan yang sepatutnya..

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah ini..renung-renungkanlah:)